Thursday, July 11, 2024

Jabal Dhin

1- إذا بنَيتَ مسجدَ صنعاءَ فاجعلْهُ عن يمينِ جبلٍ يقالُ لهُ ضَين
الراوي : زيد بن عيسى الخزاعي | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائدالصفحة أو الرقم : 15/2 | خلاصة حكم المحدث : إسناده حسن | أحاديث مشابهةالتخريج : أخرجه الطبراني في ((المعجم الأوسط)) (831) من حديث وبر بن عيسى رضي الله عنه.

2- قال لي رسولُ اللهِ: إذا بنَيْتَ مسجِدَ صَنْعاءَ فاجعَلْه عن يمينِ جَبلٍ يُقالُ له ضِينَ
الراوي : وبر بن يحنس الخزاعي | المحدث : الطبراني | المصدر : المعجم الأوسط
الصفحة أو الرقم : 1/253 | خلاصة حكم المحدث : لا يروي هذا الحديث عن وبر بن يحنس إلا بهذا الإسناد تفرد به عبد الملك الذماري

Friday, July 5, 2024

Berita gembira dalam kitab suci terdahulu (al-Bisharat)

Contoh berita gembira atau al-Bisharat yang terdapat dalam kitab-kitab suci terdahulu sebelum kitab al-Quran;

Firman Allah SWT: "Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka.

Kitab al-Quran pasti benar. Mari kita lihat ayat dalam Bible.
1. Nabi yang buta huruf.
-International Standard Version;
Or when they give the book to someone who cannot read, and say, 'Read this, please,' he answers, 'I don't know how to read.' (Isaiah 29: 12).

-Al-Kitab
Jika kamu membawa naskhah gulungan itu kepada orang yang tidak tahu membaca dan menyuruh dia membacanya, dia akan berkata bahawa dia tidak tahu membaca. (Isaiah 29: 12).

2.Mahammadim
Bible dalam bahasa Hebrew sehingga saat ini menyebut perkataan MAHAMADDIM. (Ilm al-Iman: al-Zindani).

Thursday, July 4, 2024

Kepentingan al-Bayyinah (Mukjizat)

 يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِّنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ

Terjemahan: Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat. (al-Rum 30 : 7).

Pemikiran manusia terperangkap antara dua perkara ghaib;
1. Perkara ghaib lampau sebelum dilahirkan sebelum masuk ke alam dunia.
2. Perkara ghaib yang akan datang selepas kematian yang bakal dilalui.

Hakikatnya ramai manusia yang kufur tidak mahu beriman kepada Allah dan Rasul seterusnya menolak agama Allah iaitu Islam. Kesyirikan dan orang musyrik akan terpisah hanya melalui penyaksian pembuktian melalui AL-BAYYINAH.

لَمْ يَكُنِ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ مُنفَكِّينَ حَتَّىٰ تَأْتِيَهُمُ الْبَيِّنَةُ
Terjemahan: Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata, (al-Bayyinah 98 : 1)

Penggunaan ayat al-Quran yang mempunyai perkaitan dengan tajuk amat penting kerana hanya ayat al-Quran yang dapat meneguhkan hujah akal dan memberi kesan kepada pemikiran secara paling maksimum. (Bayyinat al-Rasul wa Mu'jizatuh: al-Zindani)

ILMU IMAN memberikan jawapan dengan dalil.

Monday, July 1, 2024

Contoh al-I'jaz al-'Ilmi dalam al-Sunnah

إذَا مَرَّ بالنُّطْفَةِ ثِنْتَانِ وَأَرْبَعُونَ لَيْلَةً، بَعَثَ اللَّهُ إلَيْهَا مَلَكًا، فَصَوَّرَهَا وَخَلَقَ سَمْعَهَا وَبَصَرَهَا وَجِلْدَهَا وَلَحْمَهَا وَعِظَامَهَا، ثُمَّ قالَ: يا رَبِّ، أَذَكَرٌ أَمْ أُنْثَى؟ فَيَقْضِي رَبُّكَ ما شَاءَ، وَيَكْتُبُ المَلَكُ ...
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila telah berlalu terhadap nutfah tempoh 42 malam, Allah mengutuskan malaikat kepadanya, lalu membentuk rupanya, membuat pendengaran, penglihatan, kulit, daging dan tulangnya. Kemudian malaikat itu berkata: Wahai Tuhanku! Lelaki atau perempuan? Lalu Tuhanmu menentukan apa yang Dia dikehendaki dan malaikat tersebut akan menulis …” (HR Muslim, no. 2645)

Lihatlah penentuan spesifik selepas tempoh 42 hari oleh Rasulullah SAW dan terlihat bertepatan dalam gambar janin berusia 44 hari di bawah. Bandingkan juga dengan gambar janin berusia 41 hari.

Daripada sumber manakah Rasulullah SAW mengetahui ilmu ini? Rasulullah SAW sendiri menyatakan Baginda menerima wahyu Allah. Maka pengetahuan ini datang daripada wahyu Allah yang Maha Mengetahui yang menjadi tanda kerasulan dan bukti kebenaran risalah yang dibawa. Terbuktilah bahawa Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah untuk manusia dan jin. Ucapkanlah kalimah syahadah dengan penuh keyakinan;

لا إله إلا الله محمد رسول الله.

Sunday, June 30, 2024

Biodata Sheikh ʻAbd al-Majīd al-Zindānī

Nama penuh al-Zindānī ialah ʻAbd al-Majīd bin ʻAzīz bin Ḥamūd al-Zindānī. Dilahirkan pada tahun 1942 (sumber lain menyatakan tahun 1938) di perkampungan al-Ẓahbī dalam daerah al-Syiʻr di wilayah Ib, Yaman. Beliau berketurunan Arab daripada kabilah Arḥab. Kabilah ini dalam sejarahnya telah melahirkan Muḥammad bin Maḥmūd al-Zubayrī (al- Zubayrī) yang mencurahkan jasa yang besar dalam lipatan sejarah kontemporari terhadap revolusi di Yaman sekali gus menjadi guru dan mentor kepada al- Zindānī.


Gelaran al-Zindānī berasal daripada nama sebuah kampung di daerah Arḥab iaitu Qaryah Zindan yang merupakan tempat tinggal moyangnya suatu ketika dahulu.

Pada 22 April 2024 beliau telah meninggal dunia di Turkiye dan dimakamkan di sana.

Pengutusan Rasul

Agama Islam keseluruhannya bergantung kepada ajaran Rasulullah SAW. Allah SWT telah mengutuskan para rasul untuk mengajar manusia mengenali Tuhan mereka, menyeru mereka supaya beribadat kepada Nya dan menerangkan hikmah penciptaan mereka. Begitu juga untuk menyelamatkan mereka daripada kecelakaan perselisihan, menegakkan agama Allah SWT dalam kalangan manusia dan berhukum berdasarkan wahyu Allah SWT.

Para rasul juga diutuskan untuk menyampaikan berita gembira tentang nikmat yang Allah SWT sediakan kepada orang mukmin dan memberi amaran tentang balasan azab kepada orang kafir kerana kekufuran mereka. Begitu juga untuk menegakkan hujah Tuhan ke atas manusia dan supaya para rasul menjadi teladan kepada orang yang beriman.

Wednesday, April 3, 2024

HADIS SUMBER HUKUM

PERANAN HADIS SEBAGAI SUMBER HUKUM

1. menguatkan hukum yang terdapat dalam al-Quran seperti kewajipan berpuasa. [HUKUM disebut dalam ayat al-Quran dan disebut juga dalam matan hadis]

2. memperincikan isi kandungan al-Quran seperti cara melaksanakan solat. [ayat al-Quran menyebut secara umum dan matan hadis menjelaskan secara terperinci]

3. menjelaskan hukum yang tiada dalam al-Quran seperti pengharaman emas dan sutera kepada lelaki. [ayat al-Quran tidak menyebut langsung tentang hukum tersebut dan hanya matan hadis menyebut tentang hukum tersebut]


Bukan semua hukum Islam dinyatakan dalam al-Quran.

Hadis menerangkan / memperincikan ayat al-Quran yang umum.


Tuesday, April 2, 2024

Ulama-Ulama Islam

Ulama Tafsir (al-Quran)

1. Imam al-Tabari (w. 310H / 923M)

2. Imam al-Qurtubi (w. 671H / 1273M)

3. Imam Ibn Kathir (w. 774H / 1373M)


Ulama Hadis 

1. Imam al-Bukhari (w. 256H / 870M)

2. Imam Muslim (w. 261H / 875M)

3. Imam al-Tirmidhi (w. 279H / 892M)

4. Imam Abu Dawud (w. 276H / 888M)

5. Imam Ibn Majah (w. 275H / 886M)

6. Imam al-Nasa'i (w. 303H / 915M)


Ulama Fekah (Hukum)

1. Imam Abu Hanifah (w. 150 / 767M)

2. Imam Malik (w. 179H / 796M)

3. Imam al-Shafi'i (w. 204H / 820M)

4. Imam Ahmad (w. 241H / 855M)


Ulama Akidah

1. Abu al-Hasan al-Ash'ari (w. 324H / 936M)


Sunday, March 31, 2024

Rukun Islam

 Rukun Islam lima perkara:

1. Mengucap dua kalimah syahadah.

2. Menunaikan solat lima waktu.

3. Membayar zakat.

4. Berpuasa pada bulan Ramadhan.

5. Menunaikan haji di Baitullah.


Rukun Iman ada enam perkara:

1. Beriman kepada Allah.

2. Beriman kepada Malaikat.

3. Beriman kepada Kitab-Kitab Suci.

4. Beriman kepada Rasul-Rasul

5. Beriman kepada Hari Kiamat.

6. Beriman kepada Qada' dan Qadar.


Monday, March 18, 2024

Tindak-tanduk orang kafir membuktikan al-Quran adalah benar

Orang kafir sedang melakukan ciri-ciri orang kafir yang telah disebut dalam al-Quran lebih awal. Antara yang didedahkan oleh al-Quran ialah bagaimana sifat orang kafir terhadap orang Islam ialah; melakukan perkara-perkara yang menyakitkan hati orang Islam:


۞ لَتُبْلَوُنَّ فِي أَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا أَذًى كَثِيرًا ۚ وَإِن تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ ‎﴿١٨٦﴾‏

Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (186)


Sunday, March 17, 2024

MUKMIN YANG BERTAKWA

Definisi al-Quran

Al-Quran ialah kalamullah yang mengandungi mukjizat, diturun kan kepada Nabi Muhammad SAW melalui per antaraan Jibril a.s., ditulis dalam mashaf, dipindahkan kepada kita secara mutawatir dan menjadi ibadat dengan membacanya bermula dengan Surah al-Fatihah dan berakhir dengan Surah al-Nas. Susunan al-Quran terdiri daripada cantuman 28 huruf Hijaiyah yang mana keseluruhan al-Quran mengandungi 323,671 huruf, 77,437 kalimah, 6236 ayat, 114 surah, 30 juzuk, 60 hizib dan 240 maqra’.


Intisari ayat

Ayat 1-5 Surah al-Baqarah menyatakan tentang AL-QURAN. 

1. Kitab al-Quran yang mesti dipercayai dan diyakini tanpa syak dan ragu-ragu.

2. Kitab al-Quran menjadi panduan dan petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.


Ciri-ciri atau sifat-sifat mukmin bertakwa;

1. Beriman kepada perkara ghaib. Iaitu beberapa perkara dalam rukun iman (Allah, Malaikat, Hari Kiamat, Qada dan Qadar)

2. Mendirikan solat. Iaitu solat fardu lima waktu.

3. Menginfakkan harta. Iaitu zakat.

4. Beriman kepada kitab-kitab. Iaitu kitab-kitab samawi Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran.

5. Beriman kepada hari akhirat. Iaitu hari kiamat.

Friday, March 15, 2024

Ahl al-Halli wa al-Aqdi

Siapakah Ahl al-Halli wa al-Aqdi? 

وأهل الحل والعقد: هم أهل الشأن من الأمراء والعلماء والقادة والساسة ووجوه الناس.

Ahl al-Halli wa al-Aqdi ialah ahli yang terlibat dengan pengurusan daripada kalangan pemimpin, ulama, ketua, ahli politik dan orang berpengaruh dalam dalam kelompok manusia.

Imam al-Mawardi meletakkan tiga syarat sebagai ciri-ciri yang mesti dipenuhi berupa kelayakan sebagai Ahl al-Halli wa al-Aqdi:

1. Bersikap adil beserta syarat-syaratnya.

2. Mempunyai ilmu pengetahuan yang membolehkan untuk memastikan pihak yang layak untuk memimpin beserta syarat-syarat yang muktabar yang perlu ada pada pemimpin tersebut.

3. Memiliki pendapat yang mantap serta kebijaksanaan yang membawa kepada kemampuan memilih pemimpin yang lebih baik untuk ummah berdasarkan syarat-syarat muktabar yang perlu ada pada pemimpin.

Dengan kata lain, mereka adalah golongan pemimpin dan ulama. Pemimpin yang ditaati dan ulama yang diikuti oleh masyarakat Islam dalam sesebuah negara. Apabila pemimpin menyokong sesuatu perkara maka rakyat akan turut menyokong begitu juga sebaliknya apabila pemimpin membantah lalu rakyat turut membantah.


Thursday, March 14, 2024

Islam dan sejarah pemilihan kepimpinan Khulafa al-Rashidin

Nabi Muhammad menjadi pemimpin pertama dan utama umat Islam. Oleh kerana majoriti penduduk Mekah di awal dakwah Islam tidak menerima Islam sebagai al-Din, maka Allah memerintahkan Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah yang lebih terbuka dan menerima Islam sebagai al-Din. Bumi Madinah menjadi medan praktikal ajaran Islam yang sempurna sehingga tiba masa kewafatan Rasulullah.

Kewafatan Rasulullah menjadikan kepimpinan Islam berpindah kepada pengganti Baginda dengan istilah khalifah. Dalam hal kepimpinan, Islam mengajar umatnya supaya mengamalkan konsep 'syura' dalam setiap keputusan besar khususnya memilih pemimpin yang mengambil alih kesinambungan perjuangan Rasulullah.


Cara Pemilihan Khalifah Abu Bakar

-Rasulullah tidak menetapkan pengganti sehingga Baginda wafat.

-Kaum Ansar berkumpul di Saqifah Bani Sa'idah.

-Mencadangkan Saad bin Ubadah daripada suku Khazraj sebagai khalifah.

-Kaum Muhajirin dan Ansar masing-masing memberi ucapan sehingga menimbulkan suasana tegang.

-Setelah keadaan tenang, Abu Bakar memberi ucapannya dengan mencadangkan dua calon khalifah: 

1. Umar

2. Abu Ubaidah.

-Kaum Muhajirin dan Ansar membantah cadangan Abu Bakar.

-Umar lantas berbaiah kepada Abu Bakar lalu diikuti oleh kaum muslimin.

-Umat Islam memberikan persetujuan terhadap perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah pertama. 


Cara Pemilihan Khalifah Umar

-Abu Bakar hanya mencadangkan seorang calon iaitu Umar sebagai khalifah selepas beliau melalui wasiat.

-Wasiat ini ditulis oleh Uthman.

-Abu Bakar meminta supaya diperdengarkan wasiat tersebut kepadanya terlebih dahulu untuk pengesahan.

-Kemudian wasiat tersebut diumumkan kepada orang ramai / kaum muslimin.

-Abu Bakar bertanya tentang persetujuan orang ramai terhadap cadangan wasiat tersebut.


Cara Pemilihan Khalifah Uthman

-Pada awalnya Umar tidak berhasrat mencalonkan pengganti beliau.

-Setelah didesak Umar mencadangkan enam calon iaitu: 

1. Uthman

2. Ali

3. Talhah

4. Al-Zubayr 

5. Saad bin Abi Waqqas

6. Abdul Rahman bin Auf

-Umar melantik anaknya sebagai saksi yang hanya layak memilih khalifah dan bukan dipilih sebagai khalifah.

-Abdul Rahman bin Auf telah menarik diri daripada pencalonan untuk menjadi pemegang amanah untuk proses pemilihan khalifah. 

-Beliau bertanya pendapat para sahabat dan orang ramai terhadap pilihan calon masing-masing. 

-Beliau turut bertanya pendapat Uthman dan Ali.

-Hasil jawapan soal selidik dan temuduga beliau mengisytiharkan Uthman sebagai khalifah.

-Seterusnya proses baiah berlaku oleh kaum muslimin.


Cara Pemilihan Khalifah Ali

-Politik negara dalam keadaan kurang stabil.

-Pemberontak menuntut supaya Ali mengambil tugas kepimpinan negara untuk menggantikan Uthman.


Kesimpulan

Terdapat dua cara perlantikan khalifah:

1. Wasiat khalifah sebelumnya seterusnya dipilih melalui majlis syura.

2. Majlis syura


Monday, March 11, 2024

Keistimewaan Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan penurunan al-Quran yang menjadi panduan hidup seluruh manusia. Firman Allah SWT: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. 

Keistimewaan bulan Ramadhan antaranya Allah membuka pintu-pintu syurga, menutup pintu-pintu neraka dan membelenggu syaitan-syaitan sebagaimana dinukilkan dalam hadis.

 إذا جاءَ رَمَضانُ فُتِّحَتْ أبْوابُ الجَنَّةِ، وغُلِّقَتْ أبْوابُ النَّارِ، وصُفِّدَتِ الشَّياطِينُ.
الراوي : أبو هريرة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم : 1079 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح] 

Pintu syurga dibuka manakala pintu neraka ditutup tidak dapat dilihat secara fizikal. Akan tetapi, syaitan dibelenggu boleh dilihat kesannya terhadap perubahan mendadak apabila masuknya 1 Ramadhan, maka masjid dan surau dipenuhi oleh umat Islam secara tiba-tiba. Kenapa hari-hari sebelum 1 Ramadhan tidak berlaku situasi ini? 

Dalam bulan Ramadhan, umat Islam berhadapan dengan nafsunya sendiri ketikamana syaitan telah dirantai. Bulan Ramadhan adalah waktu sesuai untuk bersungguh-sungguh meningkatkan ibadah dengan keistimewaan kurniaan ganjaran berlipat kali ganda berbanding dalam bulan-bulan yang lain.


Wednesday, March 6, 2024

Istilah Kafir

Dewasa ini istilah kafir menjadi sensitif oleh sesetengah orang bukan Islam. Kenapa perkara ini terjadi? 

Orang kafir lebih selesa dipanggil bukan Islam atau non Muslim. Islam berlawanan dengan kufur. Muslim berlawanan dengan kafir. Orang Islam mempercayai dan meyakini rukun Islam dan rukun iman. Manakala orang kafir tidak mempercayai dan meyakini rukun-rukun tersebut. Jadi, mana-mana individu yang tidak percaya dan yakin terhadap rukun Islam dan rukun iman dikenali sebagai kafir.

Umat Islam hendaklah membezakan antara perbahasan akidah dengan interaksi secara komunikasi seharian terhadap orang kafir. Ketika membicarakan tentang prinsip akidah Islam, istilah Islam mewakili akidah seorang Muslim manakala kufur mewakili akidah orang kafir sebagaimana digunakan dalam al-Quran oleh Allah terhadap manusia. Siapakah kita untuk mempertikaikan istilah kafir dalam al-Quran dan hadis.

Daripada sudut lain, ketika berinteraksi dengan orang kafir yang tidak memusuhi Islam, maka penggunaan bukan Islam, non Muslim dan sebagainya bukanlah menjadi kesalahan dan boleh digunakan.



Tuesday, March 5, 2024

Kenapa memilih Islam?

Agama Islam menyatakan bahawa Allah yang Esa adalah Tuhan sekalian alam. Semua selain Allah adalah makhluk ciptaan yang tidak layak dijadikan tuhan yang disembah kerana makhluk mempunyai permulaan yang didahului dengan TIADA.

Islam adalah agama sempurna dan terkini yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir untuk umat akhir zaman.

Kitab suci al-Quran masih kekal dalam bahasa Arab sebagaimana ketika al-Quran diturunkan pada zaman Nabi Muhammad. Semua umat Islam wajib mempelajari kitab suci al-Quran dalam bahasa Arab tersebut. Ayat-ayat suci al-Quran terjaga melalui hafalan dalam dada umat Islam sejak zaman Rasulullah lagi sehingga kini dan selamanya serta tertulis di dalam mashaf dengan kandungan dan susunan ayat dan surah yang sama. Manakala kitab suci yang lain majoriti penganutnya hanya mampu membaca terjemahan sahaja dalam bahasa masing-masing.


Monday, March 4, 2024

Tujuan hidup manusia

Manusia bermusafir di antara dua alam ghaib. Dahulunya manusia berada di alam ruh kemudian berpindah kepada kehidupan dunia dan selepas beberapa waktu akan berpindah ke alam barzakh iaitu alam ghaib sekali lagi. Semua manusia mesti melalui peringkat-peringkat ini tanpa pengecualian.


Alam ghaib 

(Manusia belum wujud / TIADA)

|

Alam semesta

(Manusia wujud / ADA)

|

Alam ghaib
(Manusia mati / TIADA)


Sekarang, manusia menjalani kehidupan di muka bumi mengikut giliran semenjak sejarah kewujudan manusia di muka bumi mengikut generasi yang silih berganti. Generasi lampau telah lenyap daripada muka bumi ini. Kini tiba giliran kita semua dan seterusnya bumi ini akan didiami oleh generasi mendatang.


Persoalannya siapakah yang telah menciptakan alam semesta termasuk manusia? Kenapa manusia diciptakan untuk mendiami bumi dalam tempoh tertentu? Apakah tujuan manusia diciptakan? Kenapa manusia mesti mati dan terpaksa keluar daripada kehidupan dunia ini? Kemanakah manusia pergi setelah keluar daripada kehidupan dunia ini? Kenapa manusia mati? Banyak lagi persoalan yang memerlukan jawapan yang benar. Jika manusia sudah mendapat jawapan terhadap persoalan tersebut, apakah bukti yang menunjukkan jawapan-jawapan tersebut adalah benar dan boleh diyakini?

Adakah Allah wujud? Buktikan.

Adakah Islam agama Allah? Buktikan.

Allah menurunkan wahyu al-Quran. Apakah bukti al-Quran daripada Allah? 

Adakah al-Quran hari ini adalah sama dengan al-Quran yang diturunkan pada zaman Rasulullah tanpa perubahan? Buktikan.

Rasul adalah utusan Allah dalam kalangan manusia. Apakah bukti Rasul benar-benar utusan Allah?


Saturday, March 2, 2024

Fikir dan kaji Islam selagi ada peluang hidup

Allah hanya memberikan satu peluang untuk setiap manusia berfikir dan memilih agama sama ada Islam, Kristian atau apa-apa anutan lain selagi mana nyawa dikandung badan.

Penganut agama Islam mempunyai hujah dan bukti kebenaran agama Islam manakala penganut agama lain juga mempunyai pendirian melalui hujah terhadap pilihan agama masing-masing. Kitab al-Quran menegaskan tiada paksaan dalam agama. Bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami. Pilihan agama adalah hak asasi masing-masing. Tiada masalah. 

Tetapi, jangan berhenti berfikir dan mengkaji agama anutan. Sepatutnya manusia yang menolak Islam perlu bimbang tentang satu perkara. Sekiranya hanya selepas kematian terbukti ajaran Islam benar, maka tiada lagi peluang kedua untuk mengubahnya. Hakikat yang terpaksa diterima ialah diazab dalam neraka selamanya. Alangkah ruginya nasib kerana mensia-siakan peluang mengenali Islam dalam kehidupan dunia yang sementara. Pilihan di dunia adalah penentu nasib di akhirat sama ada mendapat nikmat syurga atau azab neraka yang kekal abadi. Pilihan kita adalah nasib kita. Fikirkan sebelum terlambat.


Friday, March 1, 2024

Takdir dalam Qada' dan Qadar

Allah mencipta alam semesta merangkumi semua makhluk tanpa pengecualian berserta takdirnya yang telah ditentukan. Tetapi takdir Allah tidak diketahui oleh makhluk. Hakikatnya tiada makhluk yang mampu lari daripada takdir Allah.

Manusia tidak mampu memilih ibu bapa, jantina, bangsa, zaman, umur dan pelbagai lagi menunjukkan ada kuasa yang menentukan perkara tersebut sejak awal.

Tetapi dalam urusan kehidupan, manusia telah dikurniakan akal serta pancaindera untuk membuat pilihan dalam sesuatu perkara. Sama ada memilih A atau B atau pilihan lain, manusia tetap tidak lari daripada takdir Allah. Manusia hanya mengetahui takdirnya apabila takdir tersebut telah berlaku. Sebagai contoh, sekiranya ditmpa sakit, sama ada pilihan seseorang untuk berubat atau tidak berubat kedua-duanya adalah takdir Allah. Jika memilih berubat, itu adalah takdir Allah. Manakala jika memilih untuk membiarkan tanpa usaha untuk berubat, ini juga adalah takdir Allah. Setiap pilihan yang dibuat adalah takdir Allah yang tidak mampu dielakkan oleh manusia.

Sebagai manusia yang lemah, berdoalah dan pilihlah takdir Allah yang lebih baik. Selebihnya serahkanlah kepada Allah yang Maha Mengetahui.


Saturday, February 17, 2024

Pluralisme: Semua agama sama?

Adakah semua agama sama? Nama agama-agama tidak sama menunjukkan wujud perbezaan ketara antara satu sama lain. Bukan sekadar nama yang berbeza, prinsip, kepercayaan serta cara ibadat turut berbeza. 

Islam tidak boleh disamakan dengan agama-agama lain kerana pendirian sebegini boleh membawa kepada kekufuran. 


Monday, February 12, 2024

Kenapa hanya Islam agama yang benar di sisi Allah?

Alhamdulillah, jangan berhenti mengucapkan syukur kepada Allah sekiranya akidah anutan kita adalah Islam kerana Islam adalah satu-satunya agama samawi yang benar di sisi Allah.

Bukankah agama ahli kitab yang lebih awal iaitu Yahudi dan Nasrani juga agama samawi daripada Allah? Bukankan Nabi Musa dan Nabi Isa diutuskan serta diberikan kitab suci iaitu Taurat dan Injil sebagai panduan? Benar sekali hakikat ini tanpa ragu sedikit pun khusus hanya pada zamannya sebelum Nabi Muhammad diutuskan dan kitab al-Quran diturunkan. Kitab al-Quran telah memansuhkan ajaran dalam Taurat dan Injil sekaligus memansuhkan agama ahli kitab anutan Yahudi dan Nasrani kerana al-Quran adalah wahyu terakhir yang paling lengkap, sempurna dan terkini untuk panduan manusia dan jin sehingga ke hari kiamat. 


Thursday, February 1, 2024

Manusia dan sudut pandang berbeza

Ada orang berkata "Tuhan wujud bila kita fikir bahawa Dia wujud dan Tuhan tidak wujud jika kita fikir bahawa Tuhan tidak wujud." Bagi individu ini Tuhan wujud atau tidak bergantung kepada mindset cara fikir kita.

Isu-isu yang berlaku dalam dunia, jika difikirkan maka akal fikiran akan terbeban dengan isu-isu tersebut manakala jika tidak difikirkan maka seolah-olah masalah tersebut tidak menghantui fikiran seseorang. Ada sebahagian manusia yang ingin memikirkan isu-isu tersebut manakala ada sebahagian yang lain memilih untuk tidak memikirkannya. Terserah pilihan masing-masing.

Persoalannya, adakah berfikir lebih baik daripada tidak memikirkannya? Mari kita lanjutkan lagi.


Wednesday, January 31, 2024

Ulama pewaris Nabi

Ulama adalah pewaris ilmu para nabi bersumberkan wahyu al-Quran dan hadis. Kedudukan ulama adalah sangat tinggi kerana ketinggian ilmu wahyu yang dimiliki oleh mereka. Oleh sebab itu, Allah SWT memuliakan para ulama melalui kenyataan dalam al-Quran manakala Rasulullah SAW turut menegaskan perkara tersebut melalui hadis.

Apakah definisi terbaik untuk mengenali ulama yang dimaksudkan dalam al-Quran dan hadis? Siapakah yang layak diiktiraf sebagai ulama?


Thursday, March 2, 2023

Metodologi perbahasan tentang sifat khabariyyah antara Salaf dan Khalaf

Metode ulama salaf hendaklah menjadi ikutan dalam perbahasan akidah Islam. Secara asasnya, Salafiyyah membicarakan sifat khabariyyah tanpa menggunakan disiplin falsafah dan ilmu kalam. Manakala Khalaf membicarakan sifat khabariyyah melalui disiplin falsafah dan ilmu kalam. Oleh sebab itu, hasilnya berupa kesimpulan berbeza antara Salafiyyah dan Khalaf tentang sifat khabariyyah Allah SWT disebabkan penggunaan metode yang mempunyai perbezaan.

Pendirian isbat, ta'wil dan tafwidh masih menjadi perbahasan secara ilmiah dalam kalangan sarjana Islam sehingga ke hari ini. Perlu disedari, ketiga-tiga pendirian akidah tersebut masih dalam ruang lingkup pendapat Ahli Sunah Waljamaah yang mesti diterima dengan hati terbuka dan matang.

Hujah terkuat salaf antaranya:

  • Akidah Rasulullah dan para sahabat.
  • Nabi tidak mengajar cara pemikiran falsafah.
  • Kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah.
  • Tiada lagi cabaran falsafah masa kini.
Hujah terkuat khalaf antaranya:
  • Menolak sifat makhluk pada Allah atau menyerupai makhluk pada sifat Allah.
  • Majoriti ulama dan umat Islam adalah mengikut khalaf.
  • Terdapat majaz dalam al-Quran.

Tuesday, November 29, 2022

Menulis Blog Ilmiah yang Berkredibiliti dan Berimpak

Menulis blog ilmiah bukan sekadar berkongsi maklumat, tetapi juga amanah untuk memastikan ilmu yang disampaikan benar, bermanfaat, serta tidak menjejaskan integriti akademik. Dalam konteks Malaysia, penulisan ilmiah dalam talian perlu mengambil kira bukan sahaja kredibiliti ilmu, tetapi juga aspek perundangan agar selamat daripada risiko saman atau fitnah.


1. Menjaga Kredibiliti dan Integriti Ilmiah

Kredibiliti bermula daripada sumber. Setiap fakta atau data yang dikongsi hendaklah berpandukan kajian sahih seperti jurnal akademik, buku ilmiah, laporan rasmi atau badan berautoriti. Penulis harus menyebut sumber dengan jelas, mengelakkan plagiat, dan memberi ruang kepada perbezaan pandangan. Dengan cara ini, integriti penulisan dapat dipertahankan, sekali gus menambah keyakinan pembaca terhadap kandungan.


2. Menjadikan Ilmu Mudah Dicerna dan Menarik

Ilmu yang baik ialah ilmu yang boleh difahami oleh khalayak umum. Oleh itu, gaya bahasa perlu sederhana, tidak terlalu teknikal, dan disertakan dengan contoh atau analogi yang dekat dengan kehidupan harian. Penggunaan grafik, carta atau rajah boleh membantu pembaca memahami maklumat yang kompleks. Struktur penulisan yang jelas – pengenalan, isi utama, dan kesimpulan – menjadikan pembaca tidak hilang arah ketika meneliti hujah.


3. Kandungan yang Memberi Nilai dan Impak

Sebuah blog ilmiah tidak hanya mengulang fakta, tetapi perlu menghubungkan ilmu dengan kehidupan masyarakat. Penulis boleh mengaitkan isu dengan dasar negara, cabaran sosial, atau trend global. Lebih bernilai jika penulis menyertakan cadangan praktikal atau solusi. Dengan pendekatan ini, tulisan bukan sahaja memberi maklumat, malah mampu mencetus kesedaran dan tindakan positif dalam masyarakat.


4. Elemen Teknikal untuk Kewibawaan

Untuk mengukuhkan kewibawaan, penulis disarankan mengekalkan konsistensi istilah, menyertakan nota rujukan, dan menggunakan data terkini. Walaupun tidak seformal penulisan tesis, gaya sitasi seperti APA atau Chicago boleh digunakan secara ringkas. Langkah ini menunjukkan keseriusan penulis dalam memastikan tulisan berlandaskan kajian yang teliti, bukan sekadar pendapat kosong.


5. Keselamatan Undang-Undang dalam Penulisan

Penulisan dalam talian di Malaysia tertakluk kepada beberapa akta, antaranya Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948, dan Akta Komunikasi & Multimedia 1998. Oleh itu, penulis mesti mengelakkan serangan peribadi, fitnah, atau isu sensitif yang boleh menimbulkan salah faham. Penggunaan penafian (disclaimer) juga digalakkan, seperti menyatakan bahawa tulisan adalah pandangan akademik, bukan fatwa rasmi atau nasihat undang-undang.


Kesimpulan

Penulisan blog ilmiah yang berkualiti menggabungkan empat unsur penting: kredibiliti, keterbacaan, kewibawaan teknikal, dan keselamatan undang-undang. Dengan menjaga semua aspek ini, sebuah blog bukan sahaja menjadi wadah ilmu yang dipercayai, malah mampu memberi impak besar kepada masyarakat.

Rumusan: Menulis blog ilmiah adalah seni menyampaikan kebenaran dengan penuh tanggungjawab – agar ilmu bukan sahaja sampai ke minda pembaca, tetapi juga menyentuh hati dan membentuk tindakan.

Thursday, March 3, 2022

Quran hakim mutlak

Alhamdulillah, Allah takdirkan kita terpilih untuk dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam. Nikmat Iman dan Islam yang tersangat bernilai sekiranya kita mengetahui dengan ilmu bahawa syurga atau neraka adalah tempat tinggal kita untuk selamanya tanpa penghujung. 

Allah menurunkan wahyu melalui al-Quran dan hadis sebagai petunjuk mutlak untuk manusia dan semestinya diangkat sebagai rujukan tertinggi dan muktamad oleh semua manusia yang mengaku beriman. Allah Maha Mengetahui bahawa manusia akan sentiasa berselisih pendapat. Oleh sebab itu, wahyu menjadi hakim tertinggi terhadap setiap perselisihan dalam kalangan manusia.

Oleh itu, al-Quran menjadi kata pemutus kepada manusia yang mendakwa dirinya beriman kepada Allah dan hari akhirat dalam segala perselisihan pendapat yang berlaku.

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah al-Nisa'; 59)

Thursday, March 4, 2021

Ilmu dan Amal

Allah SWT mewajibkan kepada umat Islam solat lima waktu sehari semalam. Dalam solat, kita meminta kepada Allah SWT supaya menunjukkan jalan yang lurus(sirat almustaqim). Firman Allah SWT dalam surah Al-Fatihah :"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. (iaitu) jalan orang-orang yang Engkau telah beri nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai(Yahudi) dan bukan pula jalan mereka yang sesat(Kristian)".[Al-Fatihah Ayat 6-7].

Subhanallah! Dalam setiap kali solat, kita diajar supaya membaca ayat-ayat ini yang menunjukkan peri pentingnya hidayah dalam hidup seorang Islam. Apa yang menjadi tanda tanya, mengapakah Allah SWT menyifatkan agama Yahudi adalah jalan yang dimurkai manakala agama Kristian pula adalah jalan yang sesat?!. Bukankah agama Yahudi dan Kristian adalah agama samawi yang disampaikan oleh rasul-rasul yang diberikan kepada mereka kitab-kitab?!. Bukankah agama ini datang daripada Allah SWT?!. Nabi Muhammad SAW bersabda :"...Sesungguhnya mereka yang dimurkai adalah Yahudi, manakala Kristian adalah mereka yang sesat..." [HR Ahmad].

Allah dan Rasul menyatakan demikian dan ia adalah kenyataan yang muktamad bagi sesiapa yang meyakini Quran dan hadith Rasulullah SAW. Sudah pasti di sana ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan Yahudi dan Kristian dilabel sedemikian. Apa yang mereka telah lakukan?

Dalam Quran banyak menceritakan tentang Yahudi. Kitab Taurat banyak menceritakan tentang nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad SAW. Mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan begitu arif secara terperinci tentang sifat-sifat nabi akhir zaman. Setelah Nabi Muhammad SAW dibangkitkan dan baginda bukan daripada bangsa Yahudi sebagaimana yang diharapkan, mereka mendustakan Nabi Muhammad SAW sedangkan mereka tahu tentang baginda secara jelas dalam kitab Taurat. Ringkasnya, Yahudi mempunyai ilmu (tentang Nabi Muhammad SAW) tetapi mereka tidak beramal(dengan mempercayai Nabi Muhammad SAW). Maka jadilah Yahudi sebagai mereka yang dimurkai Allah SWT.

Adapun Kristian, kitab suci mereka adalah kitab Injil. Mengikut sejarah, kitab Injil yang diterima pakai pada hari ini adalah saringan daripada manuskrip yang banyak. Ajaran-ajaran yang bercanggah dalam manuskrip-manuskrip ini telah menyebabkan mereka keliru untuk mengamalkan agama Kristian. Untuk meyelesaikan masalah percanggahan ini, mereka menerima sebahagian ajaran dalam manuskrip tertentu dan menolak sebahagian yang lain. Boleh jadi, ada kebenaran tertentu dalam manuskrip yang mereka tolak dan tidak mustahil ada kesilapan dalam manuskrip yang mereka terima. Kebenaran dan kesilapan bercampur baur dalam kitab yang mereka anggap sebagai suci sehingga beriktikad dengan menganggap Allah itu 3. Ajaran dalam kitab ini menjadi pegangan mereka. Ringkasnya, Kristian beramal (dengan mengikut Kitab Injil) tanpa ilmu(tentang kepastian terhadap kebenaran dan kesilapan tentang ajaran-ajaran yang terdapat dalam Kitab Injil).

Kesimpulannya, ilmu tanpa amal akan menyebabkan kita tergolong dam golongan Yahudi yang dimurkai Allah, manakala amal tanpa berlandaskan ilmu yang sahih akan menyebabkan kita tergolong dalam golongan Kristian yang sesat. Untuk menghindarkan diri kita daripada dimurkai dan dilabel sesat, maka kita hendaklah mempelajari ilmu yang sahih seterusnya beramal dengan apa yang kita yakini. Berilmu kemudian beramal. Inilah hidayah yang kita selalu minta daripada Allah SWT dalam solat-solat kita.

Semoga kita diberikan petunjuk hidayah dalam hidup dengan ilmu yang sahih dan amal yang soleh. Amiin.

Thursday, March 5, 2020

Maksiat-Maksiat dan Tugas Amar Makruf Nahi Munkar

Umat Islam sekarang ini kebanyakannya begitu jauh daripada ajaran Al-Quran dan Sunnah. Maksiat berleluasa secara terang-terangan. Hukum Allah SWT dan Sunnah Rasul-Nya dipinggirkan. Jika ada golongan yang mengajak kepada hukum Allah SWT, mereka akan memberikan pelbagai alasan supaya ianya tidak dapat dilaksanakan dan lebih malang lagi hukum-hukum Allah SWT dianggap zalim dan tidak sesuai lagi di zaman ini. Sedangkan jika mereka mengaku beriman kepada Al-Quran, bukankah Allah SWT menyatakan dalam firman-Nya:

[5.44] dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
[5.45]; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
[5.47] dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
[4.65] Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
[5.49] Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

Kes-kes zina dan liwat yang begitu banyak berlaku. Dimanakah umat Islam dengan firman Allah SWT:
[24.2] Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Arak, judi, rasuah, pembunuhan, pecah amanah, kezaliman dan pelbagai jenis maksiat dapat dilihat dalam masyarakat Islam hari ini. Adakah mereka tidak membaca firman Allah SWT:
[5.90] Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
[2.278] Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
[2.279] Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
[2.179] Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.
[5.38] Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[5.8] Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Ini adalah sebahagian daripada perintah Allah SWT kepada orang yang mengaku beriman. Bandingkan keadaan masyarakah Islam pada hari ini dengan ayat-ayat Al-Quran di atas. Betapa jauhnya umat Islam daripada ajaran agama mereka sendiri.

Dimanakah para ulama, pendakwah, pelajar-pelajar agama dan orang-orang yang cemburu terhadap ajaran Islam? Tugas siapakah untuk mengembalikan umat Islam kepada ajaran Islam?
Tidak ada kebaikan bagi kita, jika sekiranya kita tidak melakukan tugas menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang merupakan tanggungjawab utama kepada para ulama. Wahai ulama Islam! Dimanakah kamu semua? Kenapa masih lagi bertelingkah di dalam perkara cabang yang merupakan masalah ijtihad?

Kita mempunyai perkara-perkara yang telah menjadi persepakatan dalam agama Islam. Kenapa kita tidak mahu bersatu dalam menjelaskan perkara-perkara yang menjadi persepakatan dalam Islam? Adakah perkara-perkara yang telah disebut tadi bukan maksiat yang mesti ditegah? Apakah kesan daripada meninggalkan amar maaruf nahi munkar?

Mari kita perhatikan dengan penuh insaf firman Allah SWT dalam Al-Quran dan sabda Rasulullah SAW:
[5.78] Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.
[5.79] Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.

Daripada Huzaifah bin Alyaman daripada Nabi SAW bersabda: demi yang diriku di tangan-Nya, hendaklah kamu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran atau pun hampir-hampir Allah ingin mengutuskan ke atas kamu balasan hukuman daripada-Nya, kemudian kamu berdoa kepada-Nya lalu tidak diterima bagi kamu. ( HR Tirmizi No: 2169 ) Berkata Tirmizi: Hadis ini Hasan.

Thursday, February 28, 2019

Ulama dan Tugas Menyampaikan Ilmu

Ulama adalah pewaris para Nabi. Warisan para Nabi adalah ilmu pengetahuan. Maka, tugas para Nabi adalah tugas para ulama. Firman Allah SWT:


[3.187] Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya".

Allah SWT telah mengambil perjanjian daripada ahli kitab supaya menyampaikan ilmu dan jangan menyembunyikannya. Bukankah kita umat Islam telah diberikan kitab Al-Quran yang mana orang yang mengetahui tentang Al-Quran ialah golongan ulama? Perjanjian ini adalah di antara Allah dan ulama. Sungguh pun begitu, orang Islam yang bukan ulama jangan berasa senang hati, adakah kita telah mengikut ajaran Al-Quran dan Sunnah yang disampaikan oleh para ulama? Sesungguhnya tiada siapa yang akan terlepas kerana Allah SWT pasti akan mempersoalkan janji-Nya. Firman Allah SWT:

[28.65] Dan pada hari (kiamat itu) Allah menyeru mereka lalu bertanya: "Apa jawab kamu kepada Rasul-rasul yang diutus kepada kamu dahulu?

Apakah jawapan kita? Terserah kepada diri masing-masing. Apa yang penting, marilah kita bersatu dalam menyampaikan dakwah Islam sebagaimana firman Allah SWT:

[5.2] Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

[57.16] Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.

Adakah masih belum sampai lagi wahai umat Islam? Ingatlah masa terus berjalan, bila-bila masa sahaja kita akan menemui Allah SWT. Ya Allah Ya Tuhanku! Berikanlah hidayah kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui…

Wednesday, February 28, 2018

Memikul Tanggungjawab Dakwah Untuk Mencari Keredhaan Allah

Allah menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji manusia siapakah di kalangan mereka orang yang paling baik amalannya. Orang yang berakal sentiasa memikirkan apakah amalan yang paling diredhai Allah jika dia melakukannya akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah dengan menggunakan peluang yang ada dalam kehidupan yang begitu singkat ini. Oleh demikian itu, kita akan dapat melihat dalam kehidupan ini, manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.

Contoh terbaik adalah para nabi dan rasul. Mereka sanggup menanggung segala keperitan dalam dakwah untuk memastikan manusia akan selamat di dunia dan akhirat. Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan dakwah baginda, banyak melalui saat getir ini pada permulaan dakwah dan setelah berlalu 23 tahun, hasilnya dapat dilihat dengan wujudnya satu masyarakat yang unggul dan gemilang pada zamannya.

Tugas ini disambung oleh para sahabat dan generasi-generasi yang datang selepas mereka sehinggalah Islam sampai kepada kita hari ini. Tanpa usaha dakwah mereka, kita mungkin tidak berpeluang untuk mengenali agama Islam yang merupakan satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah SWT.

Ada segolongan manusia yang menerima dakwah ini dan sebahagian besar menolak. Tugas pendakwah hanyalah menyampaikan dakwah dengan berhikmah dan hujah yang nyata. Penerimaan manusia adalah tertakluk kepada hidayah Allah SWT.

Oleh kerana ramai yang menolak dakwah ini dengan kekerasan, maka para pendakwah terpaksa menggunakan kekerasan untuk mengahapuskan halangan untuk membolehkan dakwah Islam sampai kepada manusia.

Sehingga sampai satu tahap, mereka terpaksa mengorbankan diri sendiri demi menyampaikan Islam yang akan menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat. Orang Islam diajar supaya menyayangi orang lain sebagaimana mereka menyayangi diri sendiri. Ia adalah kesempurnaan iman sebagaimana disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW.

Inilah ajaran Islam. Pendakwah sanggup menanggung tugas dakwah ini demi kesejahteraan manusia. Marilah sama-sama kita sampaikan dakwah Islam kepada manusia supaya kita tergolong dalam golongan yang diredhai Allah. Ya Allah! Berikanlah kekuatan kepada kami untuk istiqamah dalam tugas ini. Ameen.

Wednesday, March 29, 2017

Istilah-istilah asas dalam kajian ilmiah

Originality (Keaslian)

Bermaksud melakukan kajian dan menulis tesis atas kapasiti dan usaha sendiri (dibawah bimbingan JK supervisori), sebagai hasil kerja anda yang asli yang anda lakukan sendiri (bukan plagiat - tanpa menyatakan sumber).


Novelty (baru)

Bermaksud mengemukakan sesuatu yang “baru” kepada idea / gagasan / konsep / prototaip / algorithma / model / modul yang "sedia ada". Baru membawa erti membuat penambahbaikan, penilaian semula, mengembangkan, mengubah konteks atau pemboleh ubah.

Novelty ini akan membolehkan hasil kajian diterbitkan kerana membawa sumbangan kepada pengetahuan “baru” dalam bidang kajian.


Significance (bermakna / penting)

Signifikan wujud bila hasil kajian dan pengetahuan yang dikembangkan bermakna dan penting kepada sarjana dalam bidang yang sama / releven. Dalam bahasa mudah, hasil kajian menarik minat sarjana lain untuk mengetahuinya bagi menambah pemahaman dalam bidang yang dikaji.

Kajian juga dikatakan signifikan jika membawa kepada penghasilan “product” yang menarik minat sarjana lain dalam bidang yang sama /releven untuk mengetahuinya atau menjadi asas untuk dikembangkan lagi.

Itulah sebabnya kajian yang significance sering dikaitkan dengan potensi untuk diterbitkan sebagai artikel jurnal bagi bacaan dan rujukan sarjana lain!

https://drotspss.blogspot.com/


Tuesday, March 14, 2017

Pemboleh ubah atau variabel

Definisi Pemboleh ubah: 

Sesuatu faktor (unsur, ciri, angka, dan sebagainya) yang tidak tetap (yang perlu diambil kira dalam sesuatu perhitungan), variabel. (Kamus Dewan Edisi Keempat).


1. Independent variable (IV) – variable tak bersandar yang dikaji kesannya terhadap variable bersandar atau dependent variable (DV). Dalam kajian eksperimental, IV dimanipulasi untuk melihat kesannya terdapat DV, maka ia juga dinamakan treatment, manipulated, antececedent atau predictor variable.

Contoh: Kaedah mengajar (IV) dimanipulasi dengan menjadikan dua kaedah berbeza (X dan Y) bagi melihat kesannya kepada skor (DV). Kaedah mengajar adalah treatment dalam kajian yang dimanipulasi bagi melihat kesannya pada DV.


2. Dependent variable (DV) – variable yang kesannya dicerap akibat  IV. Boleh dipanggil outcome atau effect variable.


3. Mediated variable (mediator) – variable yang menjelaskan mengapa hubungan antara IV dan DV berlaku. (Bagi maksud biasa, mediate ini seperti orang tengah yang intervene atau masuk campur antara dua pihak yang bergaduh untuk menjelaskan hubungan kedua-duanya supaya ada penyelesaian).  

Contoh:

Anda mengkaji hubungan antara kekerapan membaca novel BI (IV) dengan skor BI (DV), kerana anda ingin mengetahui samada pelajar yang kerap membaca novel mendapat skor BI yang lebih baik. 

Namun anda perlu tahu bahawa penguasaan BI juga adalah variable yang menyebabkan pelajar itu kerap membaca novel dan akhirnya berlaku peningkatan skor BI. Oleh itu, penguasaan BI mediated variable yang dapat menjelaskan  hubungan antara IV dan DV. 

Dengan membuang penguasaan BI, hubungan antara IV dan DV telah tidak bermakna. Maksudnya tidak guna mengukur hubungan antara IV dan DV ini jika subjek anda tidak menguasai BI, sebab mereka tak akan membaca novel BI! Jadi penguasaan dalam BI menjelaskan mengapa hubungan IV dan DV ini berlaku.

Contoh:

Umur yang bertambah (IV) mempengaruhi skor lulus memandu (DV), namun pengalaman membawa kereta adalah mediated variable yang menjelaskan hubungan ini. Jika subjek tiada pengalaman membawa kereta, umur meningkatpun tidak akan mempengaruhi skor memandu!


Key - variable yang menjelaskan mengapa wujudnya hubungan antara IV dan DV.


4. Moderator variable - variable yang berinteraksi bagi meningkat atau mengurangkan kekuatan hubungan antara IV dan DV. (Dalam bahasa biasa moderate bermakna 'sederhana' atau tidak extreme. Variable ini bukanlah variable utama yang extreme tetapi variable ini boleh berinteraksi dengan IV bagi mempengaruhi DV).

Contoh:

Kekerapan menonton berita (DV) dipengaruhi oleh umur (IV) tetapi jantina boleh menguatkan hubungan ini yang mana lelaki yang berumur lebih kerap menonton berita berbanding dengan perempuan berumur. Ini bermakna jantina adalah variable ketiga (selain IV dan DV) yang moderate dan berinteraksi dengan umur bagi menguatkan kekerapan menonton berita.


Key - variable yang berinteraksi dengan IV bagi mempengaruhi DV. 


5. Extraneous variable - variable luaran selain IV yang mempengaruhi DV.

Contoh:

Kekerapan menonton berita (DV) dipengaruhi oleh umur (IV). Selain daripada itu, isu semasa yang berlaku juga mempengaruhi kekerapan menonton berita. Oleh itu, isu semasa adalah extraneous variable yang perlu dikawal. 

Variable ini tidak dikehendaki dalam kajian, kerana mengganggu DV. Maksudnya, janganlah masa ada isu hangat sehingga semua orang yang kecik dan besar menonton berita macam peristiwa tsunami, maka masa itu jika anda ambil data, sure semua orang kata dia kerap menonton berita. 

Ada baiknya anda tangguhkan dulu sehingga tiada berita yang sensasi berlaku. Ada juga penyelidik menamakan variable ini sebagai confounding variable.

https://drotspss.blogspot.com/


Tuesday, February 28, 2017

Penyelidikan dalam kajian ilmiah

Penyelidikan dilakukan untuk menerokai ilmu baharu, menambah pengetahuan sedia ada, mendapatkan penjelasan fakta, menyemak fakta, memudahkan kefahaman yang sukar serta tujuan-tujuan lain yang ingin dicapai oleh pengkaji.

Langkah awal penyelidikan dalam sesuatu bidang ialah mengenalpasti kajian literatur kajian lepas yang signifikan dan berkaitan.


1. Penyelidik novice

Secara asasnya, penyelidik meneroka pengalaman baharu yang serba kekurangan ketika menulis kajian literatur walaupun dalam aspek kajian sendiri.


2. Penyelidik amatur

Selepas melakukan kupasan kajian literatur secara kritikal dan menyeluruh merangkumi pelbagai aspek, sepatutnya penyelidik telah mempunyai pengetahuan mendalam terhadap kajian yang dilakukan. Setelah mengumpul data dan mendapatkan hasilnya, penyelidik telah memiliki satu kajian tersendiri dengan mengetahui selok belok kajian tersebut. Bermula daripada tahap pengetahuan yang sedikit lalu berkembang dengan maklumat lebih mendalam serta data yang baru diperolehi.


3. Penyelidik pakar expert

Setelah mempunyai dapatan kajian dan menulis laporan dapatan kajian tersebut, penyelidik hendaklah mengembangkan dapatan kajiannya berdasarkan alasan dan hujah sendiri dengan huraian yang jelas dalam ruang lingkup kerangka teori dan kerangka konsep yang digunakan.


Dapatan kajian findings

Dapatan kajian adalah jawapan kepada persoalan kajian yang digariskan lebih awal dan perlu disusun berdasarkan turutan persoalan kajian. Dapatan kajian hendaklah memberikan sumbangan terhadap pengetahuan sedia ada dalam bidangnya. Dengan kata lain, penyelidik hendaklah menzahirkan pengetahuannya berkaitan kajian yang dilakukan serta menonjolkan sumbangan kajiannya terhadap pengetahuan sedia ada.


Perbincangan Dapatan kajian

1. Dapatan kajian adalah sumbangan dalam kajian.

2. Dapatan kajian yang berbeza dan unik walaupun bukan dapatan yang baharu.

3. Dapatan kajian dengan kupasan baharu yang mengahasilkan kefahaman dan pemahaman yang baharu yang tidak dijumpai dalam kajian lepas.

4. Tonjolkan dan utamakan dapatan kajian sendiri di samping dapatan kajian lain sebagai sokongan.


https://drotspss.blogspot.com/

Phineas Gage

Ringkasan ini menyediakan gambaran akademik mengenai kes Phineas Gage, sesuai untuk ulasan literatur bagi tesis PhD. Phineas Gage, seorang f...