Saturday, July 13, 2024

'Ajb al-Zanab / Coccyx / Tulang ekor

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 لَيْسَ مِنَ الإِنْسَانِ شَيْءٌ إِلَّا يَبْلَى، إِلَّا عَظْمًا وَاحِدًا وَهُوَ عَجْبُ الذَّنَبِ، وَمِنْهُ يُرَكَّبُ الخَلْقُ يَوْمَ القِيَامَةِ

Maksudnya: “Tidak ada pada manusia itu melainkan kesemuanya akan hancur melainkan satu tulang yang dinamakan ‘Ajb al-Zanab dan daripadanya itu akan dibangkitkan manusia pada hari Kiamat”. [Riwayat al-Bukhari (4935)]


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 كُلُّ ابْنِ آدَمَ يَأْكُلُهُ التُّرَابُ، إِلَّا عَجْبَ الذَّنَبِ مِنْهُ، خُلِقَ وَفِيهِ يُرَكَّبُ

Maksudnya: “Setiap anak Adam akan dimakan oleh tanah kecuali ‘Ajb al-Zanab daripadanya diciptakan serta padanya juga akan dibangkitkan”. [Riwayat Muslim (2955)]


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 إِنَّ فِي الْإِنْسَانِ عَظْمًا لَا تَأْكُلُهُ الْأَرْضُ أَبَدًا، فِيهِ يُرَكَّبُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالُوا أَيُّ عَظْمٍ هُوَ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ: عَجْبُ الذَّنَبِ

Maksudnya: “Sesungguhnya pada manusia itu terdapat satu tulang yang tidak akan dimakan oleh bumi selama-lamanya. Dengannya akan dibangkitkan manusia pada hari Kiamat. Mereka bertanya: Tulang apakah itu wahai Rasulullah SAW? Nabi SAW bersabda: ‘Ajb al-Zanab”. [Riwayat Muslim (2955)]

 

Definisi ‘Ajb al-Zanab (عَجْبُ الذَّنَبِ)

Menurut lisan al-Arab, ‘Ajb al-Zanab bermaksud:

 

الْعَظْمِ الَّذِي فِي أَسفل الصُّلْب عِنْدَ العَجُز

Maksudnya: “Tulang yang berada di hujung sulbi pada tulang tongkeng ”.  [Lihat: Lisan al-Arab, 582/1]

 

Imam al-Nawawi mengatakan ‘Ajb al-Zanab adalah tulang yang halus terletak di hujung sulbi serta ia juga merupakan hujung tongkeng dan dikatakan juga bahawa ia adalah tulang ekor. Tulang ini merupakan ciptaan Allah SWT yang pertama bagi manusia dan ia akan kekal sehingga dikembalikan ciptaan manusia (pada hari Akhirat).  [Lihat: al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 92/18]

 

Daripada hadith ini, kita dapat merumuskan beberapa perkara:

  • Pertama: Proses ciptaan manusia bermula daripada ‘Ajb al-Zanab.
  • Kedua: ‘Ajb al-Zanab tidak akan musnah dan tidak akan di makan oleh bumi.
  • Ketiga: Daripada ‘Ajb al-Zanab akan dibangkitkan manusia pada hari Akhirat kelak.

قَنْطوراءُ

قَنْطوراءُ: جاءَ في الحَديثِ:  ((فإذا كانَ في آخِرِ الزَّمانِ جاءَ بَنو قَنْطوراءَ عِراضَ الوُجوهِ، صِغارَ الأعْيُنِ، حتَّى يَنزِلوا على شَط...