إذَا مَرَّ بالنُّطْفَةِ ثِنْتَانِ وَأَرْبَعُونَ لَيْلَةً، بَعَثَ اللَّهُ إلَيْهَا مَلَكًا، فَصَوَّرَهَا وَخَلَقَ سَمْعَهَا وَبَصَرَهَا وَجِلْدَهَا وَلَحْمَهَا وَعِظَامَهَا، ثُمَّ قالَ: يا رَبِّ، أَذَكَرٌ أَمْ أُنْثَى؟ فَيَقْضِي رَبُّكَ ما شَاءَ، وَيَكْتُبُ المَلَكُ ...
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila telah berlalu terhadap nutfah tempoh 42 malam, Allah mengutuskan malaikat kepadanya, lalu membentuk rupanya, membuat pendengaran, penglihatan, kulit, daging dan tulangnya. Kemudian malaikat itu berkata: Wahai Tuhanku! Lelaki atau perempuan? Lalu Tuhanmu menentukan apa yang Dia dikehendaki dan malaikat tersebut akan menulis …” (HR Muslim, no. 2645)
Lihatlah penentuan spesifik selepas tempoh 42 hari oleh Rasulullah SAW dan terlihat bertepatan dalam gambar janin berusia 44 hari di bawah. Bandingkan juga dengan gambar janin berusia 41 hari.
Daripada sumber manakah Rasulullah SAW mengetahui ilmu ini? Rasulullah SAW sendiri menyatakan Baginda menerima wahyu Allah. Maka pengetahuan ini datang daripada wahyu Allah yang Maha Mengetahui yang menjadi tanda kerasulan dan bukti kebenaran risalah yang dibawa. Terbuktilah bahawa Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah untuk manusia dan jin. Ucapkanlah kalimah syahadah dengan penuh keyakinan;
لا إله إلا الله محمد رسول الله.