Showing posts with label Rasul. Show all posts
Showing posts with label Rasul. Show all posts

Sunday, June 30, 2024

Pengutusan Rasul

Agama Islam keseluruhannya bergantung kepada ajaran Rasulullah SAW. Allah SWT telah mengutuskan para rasul untuk mengajar manusia mengenali Tuhan mereka, menyeru mereka supaya beribadat kepada Nya dan menerangkan hikmah penciptaan mereka. Begitu juga untuk menyelamatkan mereka daripada kecelakaan perselisihan, menegakkan agama Allah SWT dalam kalangan manusia dan berhukum berdasarkan wahyu Allah SWT.

Para rasul juga diutuskan untuk menyampaikan berita gembira tentang nikmat yang Allah SWT sediakan kepada orang mukmin dan memberi amaran tentang balasan azab kepada orang kafir kerana kekufuran mereka. Begitu juga untuk menegakkan hujah Tuhan ke atas manusia dan supaya para rasul menjadi teladan kepada orang yang beriman.

Kaedah Saintifik Roger Bacon: Tinjauan Literatur Akademik untuk Penyelidikan PhD

Berikut adalah ringkasan akademik yang mengupas kaedah saintifik Roger Bacon, seorang tokoh utama dalam tradisi intelektual Abad Pertengahan...