Showing posts with label Mukjizat. Show all posts
Showing posts with label Mukjizat. Show all posts

Saturday, July 20, 2024

Metode pengajaran dan pembelajaran Ilmu Iman

IMAN dan PERSOALAN berkaitan dengannya. 

Kenapa kita diciptakan? Apa yang perlu dilakukan dalam kehidupan dunia ini?

Kenapa kita mati?


Persoalan yang memerlukan jawapan.

Kita wajib mengetahui jawapan untuk persoalan ini.

Friday, July 12, 2024

al-I'jaz al-Ilmi

Mengetahui al-I'jaz al-Ilmi daripada al-Quran dan al-Sunnah bermakna mengetahui dan melihat sendiri mukjizat terkini Rasulullah SAW dengan mata kasar sebagai bukti kebenaran Rasulullah untuk manusia yang hidup di zaman ini.

Definisi al-I‘jaz al-ʻIlmī : perkhabaran al-Quran dan al-Sunnah tentang hakikat sesuatu yang dapat dibuktikan oleh ilmu eksperimen dan hal itu belum tercapai kerana keterbatasan peralatan manusia pada zaman Rasulullah SAW. (Ta’sīl al-I‘jaz al-‘Ilmī fī al-Qur’an wa al-Sunnah: al-Zindani)

Thursday, July 4, 2024

Kepentingan al-Bayyinah (Mukjizat)

 يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِّنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ

Terjemahan: Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat. (al-Rum 30 : 7).

Pemikiran manusia terperangkap antara dua perkara ghaib;
1. Perkara ghaib lampau sebelum dilahirkan sebelum masuk ke alam dunia.
2. Perkara ghaib yang akan datang selepas kematian yang bakal dilalui.

Hakikatnya ramai manusia yang kufur tidak mahu beriman kepada Allah dan Rasul seterusnya menolak agama Allah iaitu Islam. Kesyirikan dan orang musyrik akan terpisah hanya melalui penyaksian pembuktian melalui AL-BAYYINAH.

لَمْ يَكُنِ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ مُنفَكِّينَ حَتَّىٰ تَأْتِيَهُمُ الْبَيِّنَةُ
Terjemahan: Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata, (al-Bayyinah 98 : 1)

Penggunaan ayat al-Quran yang mempunyai perkaitan dengan tajuk amat penting kerana hanya ayat al-Quran yang dapat meneguhkan hujah akal dan memberi kesan kepada pemikiran secara paling maksimum. (Bayyinat al-Rasul wa Mu'jizatuh: al-Zindani)

ILMU IMAN memberikan jawapan dengan dalil.

Monday, July 1, 2024

Contoh al-I'jaz al-'Ilmi dalam al-Sunnah

إذَا مَرَّ بالنُّطْفَةِ ثِنْتَانِ وَأَرْبَعُونَ لَيْلَةً، بَعَثَ اللَّهُ إلَيْهَا مَلَكًا، فَصَوَّرَهَا وَخَلَقَ سَمْعَهَا وَبَصَرَهَا وَجِلْدَهَا وَلَحْمَهَا وَعِظَامَهَا، ثُمَّ قالَ: يا رَبِّ، أَذَكَرٌ أَمْ أُنْثَى؟ فَيَقْضِي رَبُّكَ ما شَاءَ، وَيَكْتُبُ المَلَكُ ...
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila telah berlalu terhadap nutfah tempoh 42 malam, Allah mengutuskan malaikat kepadanya, lalu membentuk rupanya, membuat pendengaran, penglihatan, kulit, daging dan tulangnya. Kemudian malaikat itu berkata: Wahai Tuhanku! Lelaki atau perempuan? Lalu Tuhanmu menentukan apa yang Dia dikehendaki dan malaikat tersebut akan menulis …” (HR Muslim, no. 2645)

Lihatlah penentuan spesifik selepas tempoh 42 hari oleh Rasulullah SAW dan terlihat bertepatan dalam gambar janin berusia 44 hari di bawah. Bandingkan juga dengan gambar janin berusia 41 hari.

Daripada sumber manakah Rasulullah SAW mengetahui ilmu ini? Rasulullah SAW sendiri menyatakan Baginda menerima wahyu Allah. Maka pengetahuan ini datang daripada wahyu Allah yang Maha Mengetahui yang menjadi tanda kerasulan dan bukti kebenaran risalah yang dibawa. Terbuktilah bahawa Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah untuk manusia dan jin. Ucapkanlah kalimah syahadah dengan penuh keyakinan;

لا إله إلا الله محمد رسول الله.

Analisis Laman Web Berautoriti dalam Kajian Astronomi

Latar Teori Ringkas Kajian astronomi kontemporari tidak lagi terbatas pada balai cerap dan jurnal bercetak, tetapi semakin bergantung pada r...