Islam adalah agama sempurna dan terkini yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir untuk umat akhir zaman.
Kitab suci al-Quran masih kekal dalam bahasa Arab sebagaimana ketika al-Quran diturunkan pada zaman Nabi Muhammad. Semua umat Islam wajib mempelajari kitab suci al-Quran dalam bahasa Arab tersebut. Ayat-ayat suci al-Quran terjaga melalui hafalan dalam dada umat Islam sejak zaman Rasulullah lagi sehingga kini dan selamanya serta tertulis di dalam mashaf dengan kandungan dan susunan ayat dan surah yang sama. Manakala kitab suci yang lain majoriti penganutnya hanya mampu membaca terjemahan sahaja dalam bahasa masing-masing.