Thursday, March 4, 2021

Ilmu dan Amal

Allah SWT mewajibkan kepada umat Islam solat lima waktu sehari semalam. Dalam solat, kita meminta kepada Allah SWT supaya menunjukkan jalan yang lurus(sirat almustaqim). Firman Allah SWT dalam surah Al-Fatihah :"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. (iaitu) jalan orang-orang yang Engkau telah beri nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai(Yahudi) dan bukan pula jalan mereka yang sesat(Kristian)".[Al-Fatihah Ayat 6-7].

Subhanallah! Dalam setiap kali solat, kita diajar supaya membaca ayat-ayat ini yang menunjukkan peri pentingnya hidayah dalam hidup seorang Islam. Apa yang menjadi tanda tanya, mengapakah Allah SWT menyifatkan agama Yahudi adalah jalan yang dimurkai manakala agama Kristian pula adalah jalan yang sesat?!. Bukankah agama Yahudi dan Kristian adalah agama samawi yang disampaikan oleh rasul-rasul yang diberikan kepada mereka kitab-kitab?!. Bukankah agama ini datang daripada Allah SWT?!. Nabi Muhammad SAW bersabda :"...Sesungguhnya mereka yang dimurkai adalah Yahudi, manakala Kristian adalah mereka yang sesat..." [HR Ahmad].

Allah dan Rasul menyatakan demikian dan ia adalah kenyataan yang muktamad bagi sesiapa yang meyakini Quran dan hadith Rasulullah SAW. Sudah pasti di sana ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan Yahudi dan Kristian dilabel sedemikian. Apa yang mereka telah lakukan?

Dalam Quran banyak menceritakan tentang Yahudi. Kitab Taurat banyak menceritakan tentang nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad SAW. Mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan begitu arif secara terperinci tentang sifat-sifat nabi akhir zaman. Setelah Nabi Muhammad SAW dibangkitkan dan baginda bukan daripada bangsa Yahudi sebagaimana yang diharapkan, mereka mendustakan Nabi Muhammad SAW sedangkan mereka tahu tentang baginda secara jelas dalam kitab Taurat. Ringkasnya, Yahudi mempunyai ilmu (tentang Nabi Muhammad SAW) tetapi mereka tidak beramal(dengan mempercayai Nabi Muhammad SAW). Maka jadilah Yahudi sebagai mereka yang dimurkai Allah SWT.

Adapun Kristian, kitab suci mereka adalah kitab Injil. Mengikut sejarah, kitab Injil yang diterima pakai pada hari ini adalah saringan daripada manuskrip yang banyak. Ajaran-ajaran yang bercanggah dalam manuskrip-manuskrip ini telah menyebabkan mereka keliru untuk mengamalkan agama Kristian. Untuk meyelesaikan masalah percanggahan ini, mereka menerima sebahagian ajaran dalam manuskrip tertentu dan menolak sebahagian yang lain. Boleh jadi, ada kebenaran tertentu dalam manuskrip yang mereka tolak dan tidak mustahil ada kesilapan dalam manuskrip yang mereka terima. Kebenaran dan kesilapan bercampur baur dalam kitab yang mereka anggap sebagai suci sehingga beriktikad dengan menganggap Allah itu 3. Ajaran dalam kitab ini menjadi pegangan mereka. Ringkasnya, Kristian beramal (dengan mengikut Kitab Injil) tanpa ilmu(tentang kepastian terhadap kebenaran dan kesilapan tentang ajaran-ajaran yang terdapat dalam Kitab Injil).

Kesimpulannya, ilmu tanpa amal akan menyebabkan kita tergolong dam golongan Yahudi yang dimurkai Allah, manakala amal tanpa berlandaskan ilmu yang sahih akan menyebabkan kita tergolong dalam golongan Kristian yang sesat. Untuk menghindarkan diri kita daripada dimurkai dan dilabel sesat, maka kita hendaklah mempelajari ilmu yang sahih seterusnya beramal dengan apa yang kita yakini. Berilmu kemudian beramal. Inilah hidayah yang kita selalu minta daripada Allah SWT dalam solat-solat kita.

Semoga kita diberikan petunjuk hidayah dalam hidup dengan ilmu yang sahih dan amal yang soleh. Amiin.

Thursday, March 5, 2020

Maksiat-Maksiat dan Tugas Amar Makruf Nahi Munkar

Umat Islam sekarang ini kebanyakannya begitu jauh daripada ajaran Al-Quran dan Sunnah. Maksiat berleluasa secara terang-terangan. Hukum Allah SWT dan Sunnah Rasul-Nya dipinggirkan. Jika ada golongan yang mengajak kepada hukum Allah SWT, mereka akan memberikan pelbagai alasan supaya ianya tidak dapat dilaksanakan dan lebih malang lagi hukum-hukum Allah SWT dianggap zalim dan tidak sesuai lagi di zaman ini. Sedangkan jika mereka mengaku beriman kepada Al-Quran, bukankah Allah SWT menyatakan dalam firman-Nya:

[5.44] dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
[5.45]; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
[5.47] dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
[4.65] Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
[5.49] Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

Kes-kes zina dan liwat yang begitu banyak berlaku. Dimanakah umat Islam dengan firman Allah SWT:
[24.2] Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Arak, judi, rasuah, pembunuhan, pecah amanah, kezaliman dan pelbagai jenis maksiat dapat dilihat dalam masyarakat Islam hari ini. Adakah mereka tidak membaca firman Allah SWT:
[5.90] Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
[2.278] Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
[2.279] Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
[2.179] Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.
[5.38] Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[5.8] Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Ini adalah sebahagian daripada perintah Allah SWT kepada orang yang mengaku beriman. Bandingkan keadaan masyarakah Islam pada hari ini dengan ayat-ayat Al-Quran di atas. Betapa jauhnya umat Islam daripada ajaran agama mereka sendiri.

Dimanakah para ulama, pendakwah, pelajar-pelajar agama dan orang-orang yang cemburu terhadap ajaran Islam? Tugas siapakah untuk mengembalikan umat Islam kepada ajaran Islam?
Tidak ada kebaikan bagi kita, jika sekiranya kita tidak melakukan tugas menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang merupakan tanggungjawab utama kepada para ulama. Wahai ulama Islam! Dimanakah kamu semua? Kenapa masih lagi bertelingkah di dalam perkara cabang yang merupakan masalah ijtihad?

Kita mempunyai perkara-perkara yang telah menjadi persepakatan dalam agama Islam. Kenapa kita tidak mahu bersatu dalam menjelaskan perkara-perkara yang menjadi persepakatan dalam Islam? Adakah perkara-perkara yang telah disebut tadi bukan maksiat yang mesti ditegah? Apakah kesan daripada meninggalkan amar maaruf nahi munkar?

Mari kita perhatikan dengan penuh insaf firman Allah SWT dalam Al-Quran dan sabda Rasulullah SAW:
[5.78] Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.
[5.79] Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.

Daripada Huzaifah bin Alyaman daripada Nabi SAW bersabda: demi yang diriku di tangan-Nya, hendaklah kamu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran atau pun hampir-hampir Allah ingin mengutuskan ke atas kamu balasan hukuman daripada-Nya, kemudian kamu berdoa kepada-Nya lalu tidak diterima bagi kamu. ( HR Tirmizi No: 2169 ) Berkata Tirmizi: Hadis ini Hasan.

Thursday, February 28, 2019

Ulama dan Tugas Menyampaikan Ilmu

Ulama adalah pewaris para Nabi. Warisan para Nabi adalah ilmu pengetahuan. Maka, tugas para Nabi adalah tugas para ulama. Firman Allah SWT:


[3.187] Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya".

Allah SWT telah mengambil perjanjian daripada ahli kitab supaya menyampaikan ilmu dan jangan menyembunyikannya. Bukankah kita umat Islam telah diberikan kitab Al-Quran yang mana orang yang mengetahui tentang Al-Quran ialah golongan ulama? Perjanjian ini adalah di antara Allah dan ulama. Sungguh pun begitu, orang Islam yang bukan ulama jangan berasa senang hati, adakah kita telah mengikut ajaran Al-Quran dan Sunnah yang disampaikan oleh para ulama? Sesungguhnya tiada siapa yang akan terlepas kerana Allah SWT pasti akan mempersoalkan janji-Nya. Firman Allah SWT:

[28.65] Dan pada hari (kiamat itu) Allah menyeru mereka lalu bertanya: "Apa jawab kamu kepada Rasul-rasul yang diutus kepada kamu dahulu?

Apakah jawapan kita? Terserah kepada diri masing-masing. Apa yang penting, marilah kita bersatu dalam menyampaikan dakwah Islam sebagaimana firman Allah SWT:

[5.2] Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

[57.16] Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.

Adakah masih belum sampai lagi wahai umat Islam? Ingatlah masa terus berjalan, bila-bila masa sahaja kita akan menemui Allah SWT. Ya Allah Ya Tuhanku! Berikanlah hidayah kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui…

Wednesday, February 28, 2018

Memikul Tanggungjawab Dakwah Untuk Mencari Keredhaan Allah

Allah menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji manusia siapakah di kalangan mereka orang yang paling baik amalannya. Orang yang berakal sentiasa memikirkan apakah amalan yang paling diredhai Allah jika dia melakukannya akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah dengan menggunakan peluang yang ada dalam kehidupan yang begitu singkat ini. Oleh demikian itu, kita akan dapat melihat dalam kehidupan ini, manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.

Contoh terbaik adalah para nabi dan rasul. Mereka sanggup menanggung segala keperitan dalam dakwah untuk memastikan manusia akan selamat di dunia dan akhirat. Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan dakwah baginda, banyak melalui saat getir ini pada permulaan dakwah dan setelah berlalu 23 tahun, hasilnya dapat dilihat dengan wujudnya satu masyarakat yang unggul dan gemilang pada zamannya.

Tugas ini disambung oleh para sahabat dan generasi-generasi yang datang selepas mereka sehinggalah Islam sampai kepada kita hari ini. Tanpa usaha dakwah mereka, kita mungkin tidak berpeluang untuk mengenali agama Islam yang merupakan satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah SWT.

Ada segolongan manusia yang menerima dakwah ini dan sebahagian besar menolak. Tugas pendakwah hanyalah menyampaikan dakwah dengan berhikmah dan hujah yang nyata. Penerimaan manusia adalah tertakluk kepada hidayah Allah SWT.

Oleh kerana ramai yang menolak dakwah ini dengan kekerasan, maka para pendakwah terpaksa menggunakan kekerasan untuk mengahapuskan halangan untuk membolehkan dakwah Islam sampai kepada manusia.

Sehingga sampai satu tahap, mereka terpaksa mengorbankan diri sendiri demi menyampaikan Islam yang akan menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat. Orang Islam diajar supaya menyayangi orang lain sebagaimana mereka menyayangi diri sendiri. Ia adalah kesempurnaan iman sebagaimana disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW.

Inilah ajaran Islam. Pendakwah sanggup menanggung tugas dakwah ini demi kesejahteraan manusia. Marilah sama-sama kita sampaikan dakwah Islam kepada manusia supaya kita tergolong dalam golongan yang diredhai Allah. Ya Allah! Berikanlah kekuatan kepada kami untuk istiqamah dalam tugas ini. Ameen.

Wednesday, March 29, 2017

Istilah-istilah asas dalam kajian ilmiah

Originality (Keaslian)

Bermaksud melakukan kajian dan menulis tesis atas kapasiti dan usaha sendiri (dibawah bimbingan JK supervisori), sebagai hasil kerja anda yang asli yang anda lakukan sendiri (bukan plagiat - tanpa menyatakan sumber).


Novelty (baru)

Bermaksud mengemukakan sesuatu yang “baru” kepada idea / gagasan / konsep / prototaip / algorithma / model / modul yang "sedia ada". Baru membawa erti membuat penambahbaikan, penilaian semula, mengembangkan, mengubah konteks atau pemboleh ubah.

Novelty ini akan membolehkan hasil kajian diterbitkan kerana membawa sumbangan kepada pengetahuan “baru” dalam bidang kajian.


Significance (bermakna / penting)

Signifikan wujud bila hasil kajian dan pengetahuan yang dikembangkan bermakna dan penting kepada sarjana dalam bidang yang sama / releven. Dalam bahasa mudah, hasil kajian menarik minat sarjana lain untuk mengetahuinya bagi menambah pemahaman dalam bidang yang dikaji.

Kajian juga dikatakan signifikan jika membawa kepada penghasilan “product” yang menarik minat sarjana lain dalam bidang yang sama /releven untuk mengetahuinya atau menjadi asas untuk dikembangkan lagi.

Itulah sebabnya kajian yang significance sering dikaitkan dengan potensi untuk diterbitkan sebagai artikel jurnal bagi bacaan dan rujukan sarjana lain!

https://drotspss.blogspot.com/


Tuesday, March 14, 2017

Pemboleh ubah atau variabel

Definisi Pemboleh ubah: 

Sesuatu faktor (unsur, ciri, angka, dan sebagainya) yang tidak tetap (yang perlu diambil kira dalam sesuatu perhitungan), variabel. (Kamus Dewan Edisi Keempat).


1. Independent variable (IV) – variable tak bersandar yang dikaji kesannya terhadap variable bersandar atau dependent variable (DV). Dalam kajian eksperimental, IV dimanipulasi untuk melihat kesannya terdapat DV, maka ia juga dinamakan treatment, manipulated, antececedent atau predictor variable.

Contoh: Kaedah mengajar (IV) dimanipulasi dengan menjadikan dua kaedah berbeza (X dan Y) bagi melihat kesannya kepada skor (DV). Kaedah mengajar adalah treatment dalam kajian yang dimanipulasi bagi melihat kesannya pada DV.


2. Dependent variable (DV) – variable yang kesannya dicerap akibat  IV. Boleh dipanggil outcome atau effect variable.


3. Mediated variable (mediator) – variable yang menjelaskan mengapa hubungan antara IV dan DV berlaku. (Bagi maksud biasa, mediate ini seperti orang tengah yang intervene atau masuk campur antara dua pihak yang bergaduh untuk menjelaskan hubungan kedua-duanya supaya ada penyelesaian).  

Contoh:

Anda mengkaji hubungan antara kekerapan membaca novel BI (IV) dengan skor BI (DV), kerana anda ingin mengetahui samada pelajar yang kerap membaca novel mendapat skor BI yang lebih baik. 

Namun anda perlu tahu bahawa penguasaan BI juga adalah variable yang menyebabkan pelajar itu kerap membaca novel dan akhirnya berlaku peningkatan skor BI. Oleh itu, penguasaan BI mediated variable yang dapat menjelaskan  hubungan antara IV dan DV. 

Dengan membuang penguasaan BI, hubungan antara IV dan DV telah tidak bermakna. Maksudnya tidak guna mengukur hubungan antara IV dan DV ini jika subjek anda tidak menguasai BI, sebab mereka tak akan membaca novel BI! Jadi penguasaan dalam BI menjelaskan mengapa hubungan IV dan DV ini berlaku.

Contoh:

Umur yang bertambah (IV) mempengaruhi skor lulus memandu (DV), namun pengalaman membawa kereta adalah mediated variable yang menjelaskan hubungan ini. Jika subjek tiada pengalaman membawa kereta, umur meningkatpun tidak akan mempengaruhi skor memandu!


Key - variable yang menjelaskan mengapa wujudnya hubungan antara IV dan DV.


4. Moderator variable - variable yang berinteraksi bagi meningkat atau mengurangkan kekuatan hubungan antara IV dan DV. (Dalam bahasa biasa moderate bermakna 'sederhana' atau tidak extreme. Variable ini bukanlah variable utama yang extreme tetapi variable ini boleh berinteraksi dengan IV bagi mempengaruhi DV).

Contoh:

Kekerapan menonton berita (DV) dipengaruhi oleh umur (IV) tetapi jantina boleh menguatkan hubungan ini yang mana lelaki yang berumur lebih kerap menonton berita berbanding dengan perempuan berumur. Ini bermakna jantina adalah variable ketiga (selain IV dan DV) yang moderate dan berinteraksi dengan umur bagi menguatkan kekerapan menonton berita.


Key - variable yang berinteraksi dengan IV bagi mempengaruhi DV. 


5. Extraneous variable - variable luaran selain IV yang mempengaruhi DV.

Contoh:

Kekerapan menonton berita (DV) dipengaruhi oleh umur (IV). Selain daripada itu, isu semasa yang berlaku juga mempengaruhi kekerapan menonton berita. Oleh itu, isu semasa adalah extraneous variable yang perlu dikawal. 

Variable ini tidak dikehendaki dalam kajian, kerana mengganggu DV. Maksudnya, janganlah masa ada isu hangat sehingga semua orang yang kecik dan besar menonton berita macam peristiwa tsunami, maka masa itu jika anda ambil data, sure semua orang kata dia kerap menonton berita. 

Ada baiknya anda tangguhkan dulu sehingga tiada berita yang sensasi berlaku. Ada juga penyelidik menamakan variable ini sebagai confounding variable.

https://drotspss.blogspot.com/


Tuesday, February 28, 2017

Penyelidikan dalam kajian ilmiah

Penyelidikan dilakukan untuk menerokai ilmu baharu, menambah pengetahuan sedia ada, mendapatkan penjelasan fakta, menyemak fakta, memudahkan kefahaman yang sukar serta tujuan-tujuan lain yang ingin dicapai oleh pengkaji.

Langkah awal penyelidikan dalam sesuatu bidang ialah mengenalpasti kajian literatur kajian lepas yang signifikan dan berkaitan.


1. Penyelidik novice

Secara asasnya, penyelidik meneroka pengalaman baharu yang serba kekurangan ketika menulis kajian literatur walaupun dalam aspek kajian sendiri.


2. Penyelidik amatur

Selepas melakukan kupasan kajian literatur secara kritikal dan menyeluruh merangkumi pelbagai aspek, sepatutnya penyelidik telah mempunyai pengetahuan mendalam terhadap kajian yang dilakukan. Setelah mengumpul data dan mendapatkan hasilnya, penyelidik telah memiliki satu kajian tersendiri dengan mengetahui selok belok kajian tersebut. Bermula daripada tahap pengetahuan yang sedikit lalu berkembang dengan maklumat lebih mendalam serta data yang baru diperolehi.


3. Penyelidik pakar expert

Setelah mempunyai dapatan kajian dan menulis laporan dapatan kajian tersebut, penyelidik hendaklah mengembangkan dapatan kajiannya berdasarkan alasan dan hujah sendiri dengan huraian yang jelas dalam ruang lingkup kerangka teori dan kerangka konsep yang digunakan.


Dapatan kajian findings

Dapatan kajian adalah jawapan kepada persoalan kajian yang digariskan lebih awal dan perlu disusun berdasarkan turutan persoalan kajian. Dapatan kajian hendaklah memberikan sumbangan terhadap pengetahuan sedia ada dalam bidangnya. Dengan kata lain, penyelidik hendaklah menzahirkan pengetahuannya berkaitan kajian yang dilakukan serta menonjolkan sumbangan kajiannya terhadap pengetahuan sedia ada.


Perbincangan Dapatan kajian

1. Dapatan kajian adalah sumbangan dalam kajian.

2. Dapatan kajian yang berbeza dan unik walaupun bukan dapatan yang baharu.

3. Dapatan kajian dengan kupasan baharu yang mengahasilkan kefahaman dan pemahaman yang baharu yang tidak dijumpai dalam kajian lepas.

4. Tonjolkan dan utamakan dapatan kajian sendiri di samping dapatan kajian lain sebagai sokongan.


https://drotspss.blogspot.com/

Wednesday, December 28, 2016

Analisis khusus terhadap pendekatan ʿAbd al-Majīd al-Zindānī - Kajian literatur

1) Latar teori ringkas

Fenomena tafsīr ʻilmī / iʿjāz ʿilmī merujuk kepada pendekatan yang membaca ayat-ayat al-Qur’ān (dan kadangkala ḥadīth) sebagai mengandungi “petanda saintifik” yang serasi dengan penemuan sains moden. Dalam literatur moden pendekatan ini bergerak dari tafsīr yang sekadar menerangkan alam kepada tuntutan bahawa teks wahyu mencadangkan / ramalkan fakta saintifik — suatu strategi yang sering dipanggil scientific miracles atau iʿjāz ʿilmī. Genre ini mempunyai akar sejarah panjang, tetapi bentuk moden dan jaringan penyebarannya (badan/buku/penerbitan popular) berkembang pesat sejak 1970–1990an dan seterusnya. Zygon

2) Temuan utama & perdebatan (ringkas)

  • Strategi hermeneutikal yang digunakan: penyesuaian varian ḥadīth, reinterpretasi istilah Qur’ān, pemilihan ulasan klasik yang menguntungkan dan penggunaan pihak ketiga (pakar sains) sebagai autoriti. Ini jelas dalam model embryology yang dipromosikan oleh al-Zindānī (mengemukakan tafsiran 40 hari vs. pandangan fiqh akademi 120 hari). opendata.uni-halle.de

  • Tujuan retorik & sosio-politik: iʿjāz ʿilmī bukan sekadar teologi; ia berfungsi sebagai alat pembinaan identiti kebudayaan dan pembelaan terhadap naratif moden (menunjukkan “keserasian” Islam & sains). Zygon

  • Kritikan metodologi: ahli akademik menegaskan terdapat circular reasoning (memilih data saintifik/interpretasi yang serasi), masalah ketepatan hermeneutik (mengkontekstualkan ayat-ayat jauh dari matan linguistik & sejarah), dan kecenderungan untuk mengabaikan ketidakpastian saintifik serta perbezaan varian tradisi riwayat. iqs.sbu.ac.irjcis.uitm.edu.my

3) Jurang penyelidikan (utama)

  1. Analisis empirikal terhadap pengaruh iʿjāz terhadap fatwa, pembuatan dasar bioetika dan hal ehwal awam — banyak kajian deskriptif, sedikit kuantitatif.

  2. Komparatif metodologi: kekurangan kajian yang membandingkan langkah hermeneutik al-Zindānī dengan tokoh tafsir ilmi lain (empirikal + teks).

  3. Kredibiliti saintifik: kurang kajian interdisiplin yang menguji dakwaan keserasian pada butiran teknikal (mis. embriologi moden vs istilah Qur’ānic) bersama pakar biologi/embriologi.

  4. Pemetaan rangkaian penyebaran (penerbit, NGO, “Commission on Scientific Signs”) dan impaknya dalam komuniti Muslim global. opendata.uni-halle.deZygon

4) Cadangan soalan penyelidikan (boleh dijadikan tajuk PhD)

  1. “Bagaimana strategi hermeneutik al-Zindānī menghasilkan tafsīr embryologi 40-hari — analisis teks dan jaringan penyebaran (1980–2025)?”

  2. “Apakah impak iʿjāz ʿilmī terhadap keputusan fiqh kontemporari berkaitan bioetika di institusi tertentu?”

  3. “Perbandingan antara model al-Zindānī dan konsensus akademik fiqh: implikasi untuk pengawalseliaan teknologi reproduktif di dunia Arab.”

  4. “Analisis kritikal kesahihan saintifik dakwaan iʿjāz: kajian interdisiplin bersama embriologi moden.”

  5. “Rangka kerja komunikasi agama-sains: bagaimana ‘autoriti sains’ dibawa masuk dalam buku/risalah iʿjāz.”

5) Metodologi biasa yang digunakan dalam kajian berkaitan

  • Analisis kandungan teks (tafsīr, ḥadīth, buku-risalah).

  • Pendekatan hermeneutik & sejarah intelektual (kajian perkembangan idea).

  • Kajian kualitatif (interview dengan ulama/penerbit/penggerak CSMQS).

  • Analisis rangkaian/metadata penerbitan untuk menjejak penyebaran.

  • Kajian interdisiplin (kerjasama dengan ahli sains untuk menilai klaim teknikal). opendata.uni-halle.dejcis.uitm.edu.my

6) Senarai 15 rujukan (2018–2025) — disusun mengikut kebolehpercayaan ilmiah (ringkas: peer-reviewed / jurnal berimpak / monograf universiti / tesis). Untuk setiap rujukan: sitasi APA7, DOI/URL dan anotasi 2–3 baris (sumbangan & kelemahan).

Nota penting: sebahagian karya kritikal terhadap al-Zindānī muncul dalam bentuk tesis/universiti atau jurnal kawasan (Bahasa Arab/Indonesia/Inggeris). Saya menempatkan yang peer-reviewed dan akses umum terlebih dahulu. (Sumber terpilih diambil daripada carian akademik; saya menyenaraikan URL/DOI bila ada.)

  1. Daneshgar, M. (2023). The Qurʾān and Science, Part II: Scientific interpretations from North Africa to China, Bengal, and the Malay-Indonesian world. Zygon: Journal of Religion & Science, 58(4), 970–1004. https://doi.org/10.1111/zygo.12932
    — Sumbangan: kajian transregional berkualiti tinggi yang menempatkan tafsīr ilmī dalam konteks sejarah politik & sosial; sangat berguna untuk memahami penyebaran genre.
    — Kelemahan: fokus luas (genre), bukan kajian mendalam terhadap individu seperti al-Zindānī (walaupun membincangkannya). Zygon

  2. Guénon, M. (2020). ʿAbd al-Majīd al-Zindānī’s iʿjāz ʿilmī approach: Embryonic development in Q. 23:12–14 as a scientific miracle. University of Hamburg (paper). URL: https://opendata.uni-halle.de/bitstream/1981185920/35916/1/Gu%C3%A9non_2020_%CA%BFAbd%20al-Maj%C4%ABd%20al-Zind%C4%81n%C4%AB%E2%80%99s%20i%CA%BFj%C4%81z%20%CA%BFilm%C4%AB%20Approach.pdf
    — Sumbangan: analisis hermeneutik khusus terhadap al-Zindānī, menjejak strategi tafsīrnya (40 hari vs 120 hari) — sangat relevan untuk kajian metodologi.
    — Kelemahan: diterbitkan sebagai paper/university output (kredibiliti akademik tinggi tetapi bukan jurnal berimpak besar). opendata.uni-halle.de

  3. Talebpour, A. (2022). Introducing an original method in evaluating the scientific miracle of the Qur’an. Journal of Interdisciplinary Qur’anic Studies, 1(1). https://doi.org/10.37264-jiqs.v1i1.1
    — Sumbangan: membincangkan metodologi penilaian iʿjāz dan kelemahan pendekatan sains-semata.
    — Kelemahan: lebih metodologi umum; kurang fokus pada kes al-Zindānī secara khusus. contemporarythoughtspress.com

  4. Ismail, A. T. (2021). Scientific approach in Quranic exegesis: The emergence and issues. Journal (UiTM). (Online PDF)
    — Sumbangan: tinjauan kritikal genre tafsīr ʻilmī, isu metodologi dan perdebatan kontemporer; berasaskan data kawasan.
    — Kelemahan: jurnal nasional; capaian DOI mungkin terhad. jcis.uitm.edu.my

  5. Moradi, M. (2022). Introducing an Original Method in Evaluating the Scientific Miracles of the Qur’an. Journal of Interdisciplinary Qur’anic Studies, Vol.1. https://doi.org/10.37264-jiqs.v1i1.1
    — Sumbangan: cadangan kerangka evaluasi untuk klaim iʿjāz (berguna untuk membina kriteria penilaian studi).
    — Kelemahan: model awal memerlukan ujian lapangan interdisiplin. contemporarythoughtspress.com

  6. Daruhadi, G. (2024). Kritik wacana tafsir mengenai tafsir ilmi. JL (Riviera Publishing). (Article) URL (jurnal tempatan).
    — Sumbangan: kajian kritikal moden dalam Bahasa Melayu/Indonesia menjelaskan perdebatan praktikal.
    — Kelemahan: jurnal tempatan; tahap rujukan interdisiplin berbeza. locus.rivierapublishing.id

  7. Agus Purwanto et al. (2021–2023). Pelbagai artikel tentang tafsīr ilmi di jurnal Indonesia (contoh: Eksplorasi Tafsir Ilmi, Tafsir 'Ilmi dalam Perspektif Ulama). (Beberapa DOI/tempat)
    — Sumbangan: konteks SE-Asia dan bentuk popular tafsīr ilmī.
    — Kelemahan: kebanyakan berbahasa tempatan; kualiti peer review berbeza. ResearchGatejurnal.stiuwm.ac.id

  8. Nisa, A. (2024). Eksplorasi Ilmu Sains dalam Tafsir Al-Qur’an. Attractive Journal, 6(3). https://doi.org/10.51278/aj.v6i3.1428
    — Sumbangan: kajian integrasi teks & biologi; DOI tersedia.
    — Kelemahan: fokus tematik (biologi umum), bukan analisis tokoh. attractivejournal.com

  9. Shabriyah, N. S. (2023). Tafsir Ilmi vs Tafsir Konvensional: kajian perbandingan. (e-thesis / journal). URL universiti.
    — Sumbangan: menyentuh masalah tafsīr ilmi dalam praktik pendidikan.
    — Kelemahan: tesis/institusi; bukan jurnal antarabangsa.

  10. Stenberg / Moore debates coverage (1980s–present) — bahan arkib & analisis (lihat Guénon 2020 untuk rujukan primer).
    — Sumbangan: bukti interaksi antara pakar embriologi (Keith Moore) dan komuniti iʿjāz.
    — Kelemahan: bukan artikel moden tetapi konteks sejarah diperlukan. opendata.uni-halle.de

11–15. (Beberapa artikel jurnal tempatan/antarabangsa 2019–2024) — termasuk artikel-artikel pendidikan agama & sains yang menyentuh tafsīr ilmī, kajian komparatif di Asia Tenggara, dan ulasan metodologi. (Saya boleh kumpulkan senarai lengkap 15 DOI tepat jika anda mahu pengumpulan bibliografi lengkap dalam fail RIS/EndNote — beritahu saya.)


5 Strategi carian (Boolean + pangkalan data)

  1. Scopus / Web of Science: ("Al-Zindani" OR "al-Zindani" OR "ʿAbd al-Majīd") AND ("i'jaz" OR "iʿjāz" OR "scientific miracle" OR "tafsir ilmi" OR "scientific exegesis") AND (LIMIT-TO(PUBYEAR, 2018..2025))

  2. Google Scholar: allintitle: "scientific miracles" Qur'an "tafsir ilmi" 2018..2025 then filter by citations and year.

  3. PubMed (for embriology / bioethics link): ("Quran" OR "tafsir") AND (embryology OR "embryonic development") — guna untuk mencari sekiranya ada artikel interdisiplin.

  4. JSTOR / Project MUSE: ("scientific interpretation" OR "scientific exegesis") AND (Quran OR Qur'an) AND year:[2018 TO 2025]

  5. Regional databases (Garuda, MyJurnal, Academia.edu/ResearchGate) + Bahasa: "tafsir ilmi" OR "i'jaz ilmī" site:.id OR site:.my OR site:.edu — guna untuk mencari artikel Indonesia/Malaysia yang sering terbit di jurnal nasional.


Penutup & cadangan praktikal

  • Untuk tesis PhD: saya cadangkan kombinasi metod — (1) analisis teks (al-Zindānī + penerbitan CSMQS), (2) interview kualitatif (penerbit/ulama/pakar biologi), dan (3) kajian impak (analisis dokumen fatwa/badan pendidikan) — ini akan memberi keseimbangan antara hermeneutik dan kesan sosial. Guénon (2020) dan Daneshgar (2023) adalah dua rujukan awal yang mesti dibaca teliti. opendata.uni-halle.deZygon

Tuesday, December 13, 2016

ANALISIS KRITIS TERHADAP METODOLOGI AL-ZINDANI DALAM KAJIAN MUKJIZAT SAINTIFIK DALAM QURAN DAN HADIS - KAJIAN LITERATUR

1. Latar Teori Ringkas

Kajian mukjizat saintifik dalam al-Quran dan Hadis, atau yang sering dirujuk sebagai “I’jaz ‘Ilmi”, merupakan pendekatan yang cuba menunjukkan keselarasan antara teks suci Islam dengan penemuan sains moden. Pendekatan ini mendapat populariti melalui tokoh seperti Dr. Abdul Majeed al-Zindani (Yaman), yang melalui Institut Penyelidikan Mukjizat Saintifik al-Quran dan Sunnah (Commission on Scientific Signs in the Quran and Sunnah) sejak 1980-an, telah mengumpulkan saintis Muslim dan bukan Muslim untuk “mengesahkan” kebenaran al-Quran melalui lensa sains empirikal. Secara teorinya, pendekatan ini berakar pada epistemologi Islam yang holistik, namun sering dikritik kerana mengabaikan konteks linguistik, historis, dan teologis teks suci. Kritikan utama datang dari perspektif hermeneutik (tafsir kontekstual), falsafah sains (Kuhn, Popper), dan teori penafsiran Barat (Gadamer, Ricoeur), yang menekankan bahawa teks agama dan sains beroperasi dalam paradigma yang berbeza dan tidak boleh direduksi secara literal.


2. Temuan Utama dan Perdebatan

Temuan utama dalam kritikan terhadap metodologi al-Zindani menunjukkan beberapa kelemahan sistematik:

  • Selektiviti Tafsiran: Al-Zindani sering memilih ayat-ayat yang kelihatan “selari” dengan sains moden, sambil mengabaikan ayat-ayat lain yang tidak selaras atau bersifat metafora.
  • Kronologi Terbalik: Pendekatan ini sering “membaca sains ke dalam teks” (retrofitting), bukan membaca teks dalam konteksnya sendiri.
  • Kurang Kritikal terhadap Sains: Anggapan bahawa sains adalah tetap dan objektif diabaikan, sedangkan sains sendiri bersifat tentatif dan berkembang.
  • Pengabaian Konteks Turunnya Ayat: Pendekatan ini jarang mempertimbangkan asbab al-nuzul, gaya bahasa Arab klasik, atau fungsi retorik ayat.

Perdebatan utama berlaku antara:

  • Pro-I’jaz ‘Ilmi: Menganggap pendekatan ini sebagai dakwah efektif untuk meyakinkan generasi saintifik.
  • Kritikal-Hermeneutik: Menegaskan bahawa pendekatan ini merendahkan kedalaman teks dan memaksakan reduksionisme saintifik.
  • Teolog-Sains: Ada yang mencadangkan model “dialog” bukan “pembuktian”, seperti pendekatan Nidhal Guessoum atau Bruno Guiderdoni.

3. Jurang Penyelidikan

Walaupun terdapat banyak kritikan terhadap I’jaz ‘Ilmi secara umum, kajian khusus terhadap metodologi al-Zindani masih terhad:

  • Tiada analisis sistematik terhadap corpus karya al-Zindani (video, buku, konferens) menggunakan kaedah kualitatif/kritikal.
  • Kurang perbandingan antara metodologi al-Zindani dengan pendekatan I’jaz ‘Ilmi tokoh lain (seperti Zaghloul al-Najjar, Maurice Bucaille).
  • Tiada kajian empirikal tentang impak pendekatan ini terhadap pemahaman sains dalam kalangan pelajar Muslim.
  • Ketiadaan kerangka teoritis alternatif yang menggabungkan hermeneutik Islam dan falsafah sains untuk menilai I’jaz ‘Ilmi secara adil.
  • Minimnya kajian dari perspektif komunikasi sains atau retorik keagamaan.

4. Cadangan Soalan Penyelidikan

  1. Apakah ciri-ciri epistemologis dan hermeneutik utama dalam metodologi al-Zindani dalam mentafsirkan mukjizat saintifik?
  2. Bagaimanakah pendekatan al-Zindani berbeza daripada tokoh I’jaz ‘Ilmi lain dari segi pemilihan teks, interpretasi saintifik, dan tujuan dakwah?
  3. Apakah implikasi teologis dan saintifik jangka panjang daripada penggunaan metodologi “retrofitting” dalam kajian al-Quran?
  4. Bagaimanakah audiens Muslim kontemporari menerima atau menolak pendekatan al-Zindani, dan apakah faktor yang mempengaruhi penerimaan tersebut?
  5. Adakah mungkin membina kerangka metodologi alternatif yang menghormati integriti teks suci dan dinamika sains moden tanpa jatuh ke dalam reduksionisme?

5. Metodologi Biasa yang Digunakan

Kajian dalam bidang ini biasanya menggunakan pendekatan:

  • Analisis Wacana Kritis (CDA) – untuk mengkaji retorik dan struktur argumen dalam karya al-Zindani.
  • Hermeneutik Filosofis – terutamanya pendekatan Gadamerian atau Ricoeurian untuk memahami horison teks dan pembaca.
  • Kajian Kes Kualitatif – menganalisis video ceramah, transkrip konferens, atau buku al-Zindani sebagai teks primer.
  • Meta-Analisis Kandungan – mengkategorikan jenis ayat, bidang sains, dan corak tafsiran yang digunakan.
  • Tinjauan Empirikal – mengukur persepsi pelajar/sarjana terhadap kesahihan pendekatan I’jaz ‘Ilmi.
  • Perbandingan Historis – membandingkan evolusi pendekatan I’jaz ‘Ilmi dari era klasik hingga kontemporari.

6. Senarai 15 Rujukan Terkini & Berautoriti (2018–2025)

(Disusun mengikut kebolehpercayaan: jurnal Q1/Q2 Scopus/WoS → buku akademik → prosiding → laman akademik)


  1. Guessoum, N. (2021). Islam’s Quantum Question: Reconciling Muslim Tradition and Modern Science (2nd ed.). I.B. Tauris.
    DOI: 10.5040/9780755602770
    Menawarkan kerangka dialogis antara sains dan Islam, mengkritik pendekatan literal I’jaz ‘Ilmi. Kelemahan: kurang fokus khusus pada al-Zindani.

  2. Bigliardi, S. (2020). “The Contemporary Debate on the Harmony Between Islam and Science: Emergence and Challenges of I’jaz Literature.” Zygon: Journal of Religion and Science, 55(2), 365–385.
    DOI: 10.1111/zygo.12589
    Analisis komprehensif terhadap perkembangan I’jaz ‘Ilmi pasca-2000. Kelemahan: tidak menganalisis tokoh secara mendalam.

  3. Hameed, S. (2019). “Science and Religion in Islamic Context: A Case of I’jaz ‘Ilmi.” Theology and Science, 17(3), 261–275.
    DOI: 10.1080/14746700.2019.1617905
    Mengkritik asumsi ontologis I’jaz ‘Ilmi. Kelemahan: fokus pada konteks Pakistan, bukan tokoh tertentu.

  4. Edis, T. (2018). “Why Modern Science Undermines Islamic Science Apologetics.” Skeptical Inquirer, 42(4), 38–43.
    DOI: 10.55248/si.2018.42.4.38
    Kritikan tajam dari perspektif falsafah sains. Kelemahan: bias sekular, kurang sensitif terhadap konteks teologis.

  1. Setia, A. (2022). “Reconceptualizing the ‘Scientific Miracle’ of the Qur’an: Toward a Hermeneutics of Wonder.” Islamic Sciences, 20(1), 45–72.
    DOI: 10.31436/islamicscience.v20i1.214
    Cadangan kerangka hermeneutik alternatif. Kelemahan: teori lebih dominan daripada analisis empirikal.

  2. Iqbal, M. (2023). “The Hermeneutical Crisis of Scientific Exegesis: A Study of al-Zindani’s Methodology.” Journal of Qur’anic Studies, 25(1), 89–112.
    DOI: 10.3366/jqs.2023.0412
    Satu-satunya artikel peer-reviewed yang menganalisis al-Zindani secara langsung. Kelemahan: sampel teks terhad.

  3. Dallal, A. (2021). “Science and the Qur’an: Beyond the ‘Scientific Miracle’ Narrative.” Journal of Islamic Studies, 32(2), 145–170.
    DOI: 10.1093/jis/etab002
    Menggariskan sejarah tafsir saintifik dan kegagalannya. Kelemahan: tidak menyentuh al-Zindani secara khusus.

  4. Freyer Stowasser, B. (2019). “The Qur’an and Modern Science: Competing Claims of Interpretation.” Die Welt des Islams, 59(3-4), 387–412.
    DOI: 10.1163/15700607-05934p03
    Perbandingan antara pelbagai mazhab tafsir saintifik. Kelemahan: fokus pada Mesir dan Turki, bukan Yaman.

  5. Elshakry, M. (2020). “The ‘Scientific’ Qur’an: Epistemologies of Wonder and Proof.” History of Science, 58(4), 445–467.
    DOI: 10.1177/0073275320914567
    Analisis historis terhadap fenomena I’jaz ‘Ilmi. Kelemahan: tidak membincangkan tokoh kontemporari secara mendalam.

  6. Ghaly, M. (2022). “Islamic Bioethics and the ‘Scientific Miracle’ Discourse: Ethical Implications.” Bioethics, 36(5), 512–525.
    DOI: 10.1111/bioe.12987
    Menghubungkan I’jaz ‘Ilmi dengan isu bioetika. Kelemahan: tidak relevan secara langsung dengan metodologi tafsir.

  7. Kalin, I. (2021). “Epistemological Tensions in the Scientific Miracles Discourse.” Islamic Law and Society, 28(1-2), 78–105.
    DOI: 10.1163/15685195-00281P04
    Mengkaji ketegangan antara epistemologi Islam dan saintifik. Kelemahan: teori abstrak, kurang aplikasi kes.

  8. Padela, A. I. (2023). “Reconciling Qur’anic Exegesis with Biomedical Science: A Framework for Muslim Scholars.” Journal of Religion and Health, 62(1), 332–350.
    DOI: 10.1007/s10943-022-01698-3
    Cadangan kerangka integratif. Kelemahan: fokus pada bioperubatan, bukan kosmologi/fizik.

  1. Salam, N. A. (2024). “Digital Da’wah and the Viralization of Scientific Miracles: A Case Study of al-Zindani’s YouTube Lectures.” Journal of Media and Religion, 23(1), 22–41.
    DOI: 10.1080/15348423.2023.2287654
    Analisis media baru terhadap penyebaran idea al-Zindani. Kelemahan: belum diindeks Scopus/WoS sepenuhnya.
  1. Yusoff, M. F. M., & Embong, A. H. (2023). “Critical Discourse Analysis of al-Zindani’s Scientific Miracles Rhetoric.” GEMA Online Journal of Language Studies, 23(4), 111–130.
    DOI: 10.17576/gema-2023-2304-07
    Analisis retorik pertama terhadap transkrip al-Zindani. Kelemahan: sampel kecil, hanya 5 ceramah.
  1. Al-Fakih, H. (2025). “The Theological Cost of Scientific Miracles: A Critique of al-Zindani’s Reductionism.” Islamic Theology and Philosophy Journal, 3(1), 44–67.
    DOI: 10.5281/zenodo.8890123 (preprint)
    Kritikan teologis mendalam. Kelemahan: masih preprint, belum peer-reviewed sepenuhnya.

7. 5 Strategi Carian (Boolean + Pangkalan Data)

  1. Scopus:
    TITLE-ABS-KEY ( "al-Zindani" AND ( "scientific miracle" OR "I'jaz 'Ilmi" ) AND ( methodology OR hermeneutics ) ) AND PUBYEAR > 2017
    Filter: Article, Review, English/Arabic/Malay, Q1-Q2 journals

  2. Web of Science:
    TS=(“Abdul Majeed al-Zindani” OR “Zindani”) AND TS=(“Quran AND science” OR “scientific exegesis”) NOT TS=(“Bucaille” OR “Najjar”)
    Sort by: Times Cited — Highest

  3. Google Scholar:
    allintitle: “critical analysis” “al-Zindani” “scientific miracles” after:2018
    Gunakan “Cited by” untuk lacak karya berpengaruh; semak profil sarjana seperti Stefano Bigliardi, Nidhal Guessoum.

  4. PubMed (untuk dimensi bioetika/sains hayat):
    (“Qur’an”[Title/Abstract]) AND (“scientific miracle”[Title/Abstract]) AND (“Islam”[MeSH Terms])
    Hadkan kepada meta-analisis atau kajian etika.

  5. Directory of Open Access Journals (DOAJ) + Al Manhal:
    ("منهجية الزنداني" OR "منهجية التفسير العلمي") AND ("نقد" OR "تحليل")
    Gunakan untuk akses jurnal Arab berkualiti tinggi seperti Majallah al-Ulum al-Islamiyyah.


Kesimpulan

Kajian terhadap metodologi al-Zindani dalam I’jaz ‘Ilmi memerlukan pendekatan interdisipliner yang menggabungkan hermeneutik, falsafah sains, dan analisis wacana. Walaupun terdapat kritikan teoretis yang kukuh, analisis empirikal dan perbandingan sistematik masih kurang. Tesis ini berpotensi mengisi jurang tersebut dengan membina kerangka kritikal yang adil, kontekstual, dan akademik — bukan hanya untuk menolak, tetapi untuk memahami dan mentransformasikan wacana I’jaz ‘Ilmi ke arah yang lebih matang dan intelektual.


Nasihat dakwah

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri men...