Sunday, June 30, 2024

Biodata Sheikh ʻAbd al-Majīd al-Zindānī

Nama penuh al-Zindānī ialah ʻAbd al-Majīd bin ʻAzīz bin Ḥamūd al-Zindānī. Dilahirkan pada tahun 1942 (sumber lain menyatakan tahun 1938) di perkampungan al-Ẓahbī dalam daerah al-Syiʻr di wilayah Ib, Yaman. Beliau berketurunan Arab daripada kabilah Arḥab. Kabilah ini dalam sejarahnya telah melahirkan Muḥammad bin Maḥmūd al-Zubayrī (al- Zubayrī) yang mencurahkan jasa yang besar dalam lipatan sejarah kontemporari terhadap revolusi di Yaman sekali gus menjadi guru dan mentor kepada al- Zindānī.


Gelaran al-Zindānī berasal daripada nama sebuah kampung di daerah Arḥab iaitu Qaryah Zindan yang merupakan tempat tinggal moyangnya suatu ketika dahulu.

Pada 22 April 2024 beliau telah meninggal dunia di Turkiye dan dimakamkan di sana.

Pengutusan Rasul

Agama Islam keseluruhannya bergantung kepada ajaran Rasulullah SAW. Allah SWT telah mengutuskan para rasul untuk mengajar manusia mengenali Tuhan mereka, menyeru mereka supaya beribadat kepada Nya dan menerangkan hikmah penciptaan mereka. Begitu juga untuk menyelamatkan mereka daripada kecelakaan perselisihan, menegakkan agama Allah SWT dalam kalangan manusia dan berhukum berdasarkan wahyu Allah SWT.

Para rasul juga diutuskan untuk menyampaikan berita gembira tentang nikmat yang Allah SWT sediakan kepada orang mukmin dan memberi amaran tentang balasan azab kepada orang kafir kerana kekufuran mereka. Begitu juga untuk menegakkan hujah Tuhan ke atas manusia dan supaya para rasul menjadi teladan kepada orang yang beriman.

قَنْطوراءُ

قَنْطوراءُ: جاءَ في الحَديثِ:  ((فإذا كانَ في آخِرِ الزَّمانِ جاءَ بَنو قَنْطوراءَ عِراضَ الوُجوهِ، صِغارَ الأعْيُنِ، حتَّى يَنزِلوا على شَط...