AL-QURAN | AL-SUNNAH | ILMU IMAN | AL-I'JAZ AL-'ILMI | DAKWAH | SIASAH | SEJARAH | PENYELIDIKAN
Tuesday, November 29, 2022
Menulis Blog Ilmiah yang Berkredibiliti dan Berimpak
Thursday, March 3, 2022
Quran hakim mutlak
Alhamdulillah, Allah takdirkan kita terpilih untuk dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam. Nikmat Iman dan Islam yang tersangat bernilai sekiranya kita mengetahui dengan ilmu bahawa syurga atau neraka adalah tempat tinggal kita untuk selamanya tanpa penghujung.
Allah menurunkan wahyu melalui al-Quran dan hadis sebagai petunjuk mutlak untuk manusia dan semestinya diangkat sebagai rujukan tertinggi dan muktamad oleh semua manusia yang mengaku beriman. Allah Maha Mengetahui bahawa manusia akan sentiasa berselisih pendapat. Oleh sebab itu, wahyu menjadi hakim tertinggi terhadap setiap perselisihan dalam kalangan manusia.
Oleh itu, al-Quran menjadi kata pemutus kepada manusia yang mendakwa dirinya beriman kepada Allah dan hari akhirat dalam segala perselisihan pendapat yang berlaku.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah al-Nisa'; 59)
Nasihat dakwah
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri men...
-
Menurut Dr. Othman Talib, masalah kajian dan permasalahan kajian adalah dua istilah yang kerap digunakan dalam penyelidikan ilmiah tetapi ...
-
Menurut Dr. Othman Talib, kajian lepas merujuk kepada tinjauan atau ulasan terhadap kajian-kajian yang telah dilakukan sebelumnya dalam bida...
-
Menurut Dr. Othman Talib, kepentingan kajian merujuk kepada nilai dan impak penyelidikan yang dijalankan, sama ada dari segi teori, amalan, ...